
PENGGANTI LEXUS LFA AKAN DINAMAKAN SEBAGAI LEXUS LFR
Bagi Lexus, model LFA akan kekal sebagai model halo atau flagship yang dihasilkan oleh mereka. Supercar dengan enjin V10 yang menghasilkan bunyi yang sama seperti enjin F1 ini akan digantikan dengan model baru yang menggunakan trenkuasa elektrik sepenuhnya
Dalam satu fail tanda nama dagang terkini yang dijumpai oleh CarBuzz di European Union Intellectual Property Office (EUIPO), sedikit sebanyak kita mengetahui Lexus bakal menghasilkan sebuah supercar elektrik yang diberi nama sebagai LFR
Nama ini sebelum ini telah didedahkan di laman Reddit sebelum ditemui secara rasmi di EUIPO. Model ini akan dibagunkan berasaskan model konsep Electrified Sport yang akan menerima beberapa ciri istimewa yang pernah ada pada model LFA

Tiada spesifik data yang ditemui melainkan ia akan diberikan satu bateri bagi membolehkannya dipandu sejauh 700km untuk satu pengecasan penuh dan pecutan 0-100 dalam masa kurang daripada 2 saat. Hanya masa menentukan samaada Lexus berjaya menghasilkan supercar ini ataupun tidak
Beberapa khabar angin juga telah bertiup mengatakan kuasa yang dihasilkan oleh LFR mencecah 1000 kuasa kuda manakala satu lagi khabar angin memberikan maklumat bahawa LFR akan dibangunkan sebagai PHEV.
Ia akan dikuasakan dengan enjin turbo berkembar V8 dan juga sistem hibrid dengan 700 kuasa kuda. Sebagai perbandingan, model LFA hanya menghasilkan sekitar 563 kuasa kuda sahaja. Malah Lexus juga akan memasang sistem transmisi manual virtual 3 pedal yang telah dipatenkan pada bulan Februari 2022 dengan cesi TNGA-L


