Artikel Pilihan

PENGGANTI MITSUBISHI ASX DIJANGKA MULAI DIJUAL TAHUN 2023

Salah satu model terpenting Mitsubishi iaitu ASX akan digantikan dengan model baru dan mulai dijual pada tahun 2023. Model ASX terbaru ini akan dijual sebagai SUV kompak dalam segmen B sekaligus menjadi saingan kepada Honda HR-V dan juga Mazda CX-3.

Berdasarkan beberapa maklumat awal, model baru ini akan dihasilkan dengan menggunakan platform baru sepenuhnya. Fakta ini sekaligus menolak sebarang kemungkinan awal sebelum ini yang mengatakan model pengganti Mitsubishi ASX akan dihasilkan secara rebadge daripada model Renault Captur.

Salah satu calon platform yang sesuai ialah platform Common Module Family yang dibangunkan oleh kumpulan Renault-Nissan yang boleh diubah untuk menghasilkan kenderaan kelas A, B, C dan juga EV. Platform ini boleh diubah dari segi ruang enjin, kokpit, front underbody, rear underbody dan juga komponen elektrik/elektronik

Dari segi rekaan, Mitsubishi ASX terbaru akan mengekalkan konsep rekaan luar Dynamic Shield. Antara elemen yang dikekalkan termasuklah penggunaan position lamp di bahagian atas bampar manakala lampu utama diletakkan di bahagian bampar depan.

Beberapa maklumat awal juga menyebut pilihan enjin dan trenkuasa yang akan digunakan pada SUV kompak ini dengan enjin 3 silinder 1000cc turbo yang menghasilkan 91 kuasa kuda sebagai pilihan utama Pilihan kedua ialah enjin 1300cc 4 silinder turbo yang menjana sehingga 150 kuasa kuda dengan pilihan gear DCT

Bagi pilihan trenkuasa hibrid, antara pilihan enjin termasuklah sistem PHEV dengan enjin 1600cc yang berupaya menghasilkan 160 kuasa kuda. Dengan bateri sebesar 9.8kWh, ASX PHEV boleh bergerak sejauh 50km untuk sat pengecasan penuh.

Google ads
Back to top button