Artikel Pilihan

PENGGUBAL UNDANG-UNDANG NEW YORK BUAT KERTAS KERJA, PEMANDU MABUK WAJIB SARA ANAK MANGSA KEMALANGAN

2 penggubal undang-undang di New York sedang merangka satu kertas kerja bagi memastikan pemandu yang mabuk, memandu dan menyebabkan kematian bertanggungjawab terhadap anak-anak mangsa kemalangan jika disabitkan kesalahan

New York adalah negeri kedua yang bakal melaksanakan undang-undang ini selepas Tennessee melaksanakan peraturan yang sama awal tahun 2022. Berikutan kejayaan Tennessee ini mendorong wakil rakyat New York Andrew Gounardes bagi melaksanakan undang-undang sama di New York

Dalam ucapan perbahasan Gournades menyatakan “jika anda memandu dengan cuai, anda akan bertanggungjawab dan rang undang-undang ini akan menghantar mesej yang jelas. Jika anda membunuh ibubapa, anda akan bertanggung jawab dari segi kewangan untuk anak yatim yang kematian ibu bapa akibat kemalangan”

Ujar Gournades lagi ” ia merupakan satu tindakan yang wajar bagi memastikan semua pengguna berhemah ketika memandu. Ada kemungkinan seorang remaja berusia 19 tahun yang memandu secara melulu dan berfikir OK untuk memandu laju akan bertanggung jawab sehingga 20 tahun atas kebajikan anak yatim yang kematian ibu bapa akibat kemalangan yang disebabkan oleh mereka”

RUU ini akan memastikan pesalah membayar bantuan kewangan sehingga anak yatim berkenaan mencapai umur 18 tahun. RUU ini juga akan mensabitkan pemandu yang didapati bersalah atas kesalahan membunuh kategori 1 dan kategori 2 (aggravated vehicular homicide)

Antara negeri-negeri lain yang sedang merangka undang-undang yang sama ialah Alabama, Illinois, Lousiana, Oklahoma dan Pennsylvania. Menurut statistik NHTSA, 32 orang mati akibat kemalangan yang membabitkan kes memandu dengan mabuk.

Google ads
Back to top button