
AKSESORI DAN PAKEJ MODULO UNTUK HONDA HR-V, SERENDAH RM 92
Honda Malaysia telahpun melancarkan model yang paling dinantikan pada tahun ini, iaitu crossover kompak dan comel HR-V serba baru. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga tempoh menunggu bagi HR-V jika anda menempah hari ini, waktu menunggu ialah 12 bulan.
Serentak dengan pelancaran HR-V juga, Honda Malaysia turut memperkenalkan pakej kemasan badan Modulo bagi menggayakan HR-V anda mengikut selera tersendiri. Pakej dan aksesori ini merangkumi
1. Pakej Modulo (RM 3780) – yang terdiri daripada kit badan Front Under Spoiler, Rear Under Spoiler dan Side Under Spoiler jika anda berhajat bagi menjadikan HR-V anda lebih bersifat sporti
2. Pakej Urban (RM 2381) – dengan kemasan door visor, lampu di ruangan kaki, pelapik kaki dengan lampu LED, dan pedal kemasan aluminium
3. Pakej Smart Urban (RM 3488) – sama seperti pakej urban kecuali dengan tambahan pengecaj telefon tanpa wayar
4. Pakej Utiliti- pakej ini merangkumi selimut body cover, pelapik plastik di ruang kargo, trunk organiser, pelindung tombol pintu dan lapisan filem pemantul cahaya di bahagian pintu
Semua pakej ini boleh dibeli secara berasingan sebagai aksesori tambahan jika anda tidak memerlukan ia dipasang secara pakej seperti Trunk Organiser yang dijual pada harga RM 92 per unit. Bagi anda yang merasakan penggunaan kamera perakam digital adalah penting, ia turut dijual oleh Honda dengan harga RM 1149.
Pemasangan perakam video digital ini akan memastikan jaminan pendawaian kereta anda tidak terjejas serta kamera ini sendiri diberi jaminan selama 3 tahun atau 100,000km. Ia akan merakam video pada kualiti HD1080, merakam gambar, merakam audio serta boleh disambungkan pada telefon anda dengan menggunakan aplikasi khas
Anda boleh melihat senarai pakej dan aksesori di SINI

