Buletin

PENGGUNA MEDIA SOSIAL TIDAK PERLU LESEN. FUH!!! LEGA DENGAR BERITA NI

Pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok dan YouTube termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan bertegas dengan pendirian untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta FINAS untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial,” katanya.

Justeru, Saifuddin menjelaskan kerajaan akan meminda Akta FINAS 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa

Beliau berkata pihaknya telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan kementerian itu agar bersesuaian dengan situasi semasa seperti yang diumumkan pada 20 Jun lepas.

“Kami akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” katanya. – Bernama

Tags
Google ads
Back to top button