PENUMPANG BENGANG BAS PENGANTARA MRT TERSANGKUT GARA-GARA LETAK KERETA SECARA HARAM
Tular di Twitter apabila dua buah bas pengantara Transit Aliran Massa (MRT) tersangkut di laluan stesen MRT Cyberjaya City Centre, gara-gara terdapat kenderaan diletakkan secara haram di bahu jalan.
Kejadian itu menyebabkan kesesakan di laluan keluar stesen MRT Cyberjaya City Centre dan menyusahkan orang ramai.
“Orang letak kereta kiri dan kanan bahu jalan. Tidak fasal bas pengantara sangkut dan lambat daripada jadual,” memetik ciapan @Twt_Cyberjaya.
Turut dipaparkan adalah rakaman video, dipercayai dirakam oleh seorang penumpang bas pengantara MRT terbabit.
Menerusi rakaman berkenaan, jelas kedengaran seorang lelaki mencerca pemilik kenderaan atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
“Ini bukan tempat letak kereta. Kami tersangkut, bas tidak boleh bergerak. Jika terpulang kepada saya, saya akan meminta bas untuk melanggar kenderaan ini!
Di ruangan komen ciapan @Twt_Cyberjaya, terdapat pelbagai reaksi diberikan oleh warganet.
“Penguatkuasa harus ambil tindakan tegas untuk kemudahan orang ramai agar perkara sebegini tidak berulang lagi,” komen pengguna Twitter.
Komen lain, “Buatlah tempat letak kereta banyak mana pun, kalau orang nak letak kereta tepi jalan pun mereka tetap akan buat. Kalau boleh nak letak depan stesen sebab malas berjalan,”
“Saya tidak faham kenapa pihak berwajib bina pengangkutan awak tetapi tidak sediakan tempat letak kereta secukupnya,”
Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan dan 5,525 ulang ciap. – Kosmo!
- BACA: SELAMBA ‘CHUP’ PARKING, BUKAN MASALAH BESAR KATANYA
- BACA: LELAKI KURANG SIUMAN MENGAMUK LAMBORGHINI PARKING SEBELAH PERHENTIAN BAS – PATAHKAN CERMIN SISI, PIJAK BAMPAR
- BACA: POLIS BERI AMARAN, PARKING DI TEMPAT YANG BETUL. ELAK KESESAKAN DAN SUSAHKAN PENGGUNA JALAN RAYA LAIN
- BACA: PELAKON BENGANG BUDAYA ‘COP PARKING’ MASIH WUJUD – NETIZEN CADANG LAPORKAN KEPADA POLIS