Buletin

PENUMPANG WANITA TIBA-TIBA CEKIK, GIGIT PEMANDU UBER

Seorang penumpang wanita tiba-tiba mencekik pemandu Uber selepas dia terjaga daripada tidur di St. Petersburg, Tampa, Amerika Syarikat (AS).

Michele Stilwell, 55, mencekik Michael Hassey Jr, 22, sambil menjerit ‘anak perempuanku’ dalam satu kejadian.  

Pemandu itu cuba meleraikan tangan wanita yang bekerja sebagai jururawat itu dan mengerang kesakitan kerana tidak boleh bernafas. 

Menerusi laporan polis, wanita itu dikatakan menggigit, mencekik dan mencakar mangsa yang tidak berupaya mempertahankan dirinya. 

Pihak polis mengesahkan Stilwell berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian. 

Menurut Hassey, dia mengambil wanita itu di Cask Social Kitchen, selepas menerima panggilan daripada sekumpulan wanita muda yang memaklumkan Stilwell adalah ibu mereka. 

Katanya, penumpang wanita itu tertidur sepanjang perjalanan sehingga tiba-tiba dia tersedar dan menampar mukanya.  – Daily Mail

Google ads
Back to top button