Buletin

LEMBU SESAT MASUK BILIK PAMERAN MAZDA DI SCOTLAND. KERUGIAN CECAH RM8,000

Seekor lembu mencetuskan kekecohan di sebuah pengedar kenderaan Mazda di Scotland apabila ia dilihat tersesat dan masuk ke dalam bangunan terbabit.

Lembu yang dikatakan terlepas itu menyebabkan beberapa buah kenderaan rosak, termasuklah sebuah Mazda MX-5 dan Mazda.

Sebelum ia merempuh pintu cermin dan lari ke kawasan parkir. Insiden berkenaan mengakibatkan kerugian sekitar AS$2,000 (RM8,000).

Pekerja di Arnold Clark Stirling Mazda nyata hairan bagaimana lembut tersebut boleh masuk ke bilik pameran.

“Kami berada dalam bilik pameran apabila seorang kakitangan berlari sambil menjerit lembu, lembu, lembu. Kemudian saya nampak seekor lembu berjalan dengan tenang.

“Tetapi, apabila pintu automatik di belakangnya ditutup, ia mula panik dan kami semua bertempiaran lari. Seban tiada cara untuk kami menenangkannya,” kata pengurus pengedar Mazda itu, James Merrins.

Lembu itu akhirnya berjaya ditangkap dan dikembalikan kepada pemilknya yang bersetuju untuk membayar semua kos kerosakan.

“Mereka kata akan bayar semua kos dan saya juga menerima sebotol wiski sebagai tanda maaf,” kata Merrins lagi.

Google ads
Back to top button