Artikel Pilihan

FORD RANGER RAPTOR, TRAK PIKAP DENGAN TEKNOLOGI ALA-ALA SUPERCAR

Ketika Ford Ranger Raptor didedahkan pada tahun 2018 dahulu, Ford telah berjaya menghasilkan sebuah trap pikap berkuasa tinggi yang hampir tiada saingan dalam kelasnya. Namun Ford tidak berpuas hat dan menghasilkan Ranger Raptor dalam generasi kedua yang lebih berkuasa.

Tanda nama Raptor digunakan oleh Ford bagi SUV dan trak pikap berkuasa tinggi seperti F-150 dan juga Bronco. Bagi Ranger Raptor generasi kedua ini, antara beberapa pembaruan yang diperkenalkan oleh Ford termasuklah:

1. Enjin V6 3000cc petrol yang baru dengan turbo berkembar yang menjana sehingga 391 kuasa kuda dan 583Nm tork. Bagi pasaran Eropah yang dipaksa mengikut peraturan asap yang lebih ketat, enjin ini hanya menjana 284 kuasa kuda dan 491Nm tork sahaja.

Sebagai perbandingan, Toyota Supra 3000cc dengan enjin 6 silinder sebaris menjana 382 kuasa kuda dan 499Nm tork, kurang sedikit berbanding dengan Ford Ranger Raptor

2. Enjin ini dipadankan dengan transmisi talaan khas 10 kelajuan automatik, yang menampilkan sistem anti-lag turbo dalam Mode Pemanduan Baja. Sistem ini adalah sama yang dibangunkan oleh divisi Ford Performance bagi kegunaan Ford GT dan Ford Focus ST

3. Cesi untuk Ranger Raptor adalah menggunakan cesi khas yang diperkukuhkan termasuk pada tiang C, pendakap tayar simpanan yang lebih kuat, ladder frame yang diperkukuhkan, tiang penyerap hentak depan lebih kuat dan pendakap penyerap hentak belakang diberikan struktur tambahan yang kuat

4. Bagi komponen suspensi, upper arm dan lower arm suspensi depan yang membentuk sistem double wishbone dihasilkan dengan aluminium, sama dengan komponen arm pada suspensi Watt Link di bahagian belakang dengan artikulasi pergerakan tayar yang lebih bagus

5. Penyerap hentak FOX® 2.5-inch Live Valve menggunakan teknologi injap bypass terkini dan paling canggih yang dipasang pada Ranger Raptor. Injap ini diisi dengan minyak pelincir dan juga Teflon bagi mengurangkan geseran sebanyak 50% ketika penyerap hentak ini beroperasi dalam keadaan ekstrim

6. Bagi menyelesaikan masalah bottom out atau spring penyerap hentak dimampatkan sepenuhnya, teknologi FOX® Bottom-Out Control yang dipasang boleh mengasilkan kuasa penyerapan tambahan sebanyak 25%. Sistem ini juga memastikan Ranger Raptop tidak mengalami squat atau menacngkung ketika memecut

7. Ford Ranger Raptor juga dipasang dengan skid plate setebal 2.3 mm keluli tahan lasak di bahagian depan bagi melindungi komponen enjin. Skid plate ini akan dipasang dengan pelindung enjin bawah dan pelindung transfer case yang akan melindungi radiator, sistem stering, tangki minyak pelincir dan sistem differential depan

8. Jarak kelegaan dengan permukaan bumi ditetapkan pada 265mm dan Ranger Raptor boleh meredah kedalaman air sehingga 850mm tanpa masalah

9. Tayar prestasi tinggi untuk jalan offroad akan dibekalkan secara standard iaitu tayar BF Goodrich All Terrain dengan saiz 285/70 R17.

10. Ranger Raptor juga menawarkan ciri Trail Control™ iaitu sistem pemanduan automatik khas untuk offroad dengan sistem mengawal penghantaran kuasa dan juga brek secara automatil. Apa yang pemandu perlu buat ialah pandu di bawah halaju 32km/jam dan aktifkan cruise control. Jadi pemandu hanya perlu fokus pada stering sahaja.

Google ads
Back to top button