Buletin

PERANCIS PERTIMBANG CUKAI KE ATAS KERETA KUAT MAKAN MINYAK. PEMBELI KENA BAYAR EKTRA RM245K

Mereka yang ingin membeli kereta tidak menjimatkan minyak di Perancis selepas ini mungkin terpaksa membayar pada harga jauh lebih tinggi.

Ini kerana pihak berkuasa Perancis dilapor sedang menimbang untuk menaikkan cukai kenderaan yang kuat makan minyak dan mengeluarkan lebih banyak emisi CO2.  

Jika dilaksanakan, kenderaan baharu yang mengeluarkan 225 gram korbon dioksida bagi setiap kilometer akan dikenakan cukai sehingga €50,000 (RM245,000).

Ini merupakan kenaikan lebih dua kali ganda berbanding cukai maksimum sekarang iaitu €20,000 (RM98,000). Ia merupakan penalty CO2 paling tinggi di Eropah.

Apa yang pasti, lebih banyak bahan api digunakan oleh sesebuah kenderaan, semakin tinggi emisi. Jadi, cukai baharu itu dijangka memberi kesan besar kepada pembuat kereta mewah dan supercar.  

SUV yang tidak menjimatkan jimat daripada pengeluar kenderaan utama juga akan menerima kesannaya. Seperti dijangka, kereta elektrik tidak tertakluk di bawah cukai ini walau setinggi mana pun kuasanya.

Jika undang-undang tersebut diluluskan, ia akan menjadi percubaan agresif Perancis untuk memaksa pengeluar kenderaan membangun dan menghasilkan kereta elektrik.

Kesatuan Eropah meletakkan sasaran pengurangan CO2 sebanyak 55 peratus dalam tempoh 1990 sehingga tahun 2030. Malah beberapa negara di rantau itu bakal mengambil Langkah mengharamkan kenderaan pembakaran dalaman (ICE) untuk beberapa tahun lagi.

Biarpun begitu, segelintir pihak ragu-ragu cukai tersebut akan memberi impak besar terhadap jualan kereta mewah. Namun, ramai bersetuju bakal pembeli Lamborghini Aventador di Perancis mungkin akan bertukar kepada Porsche Taycan Turbo S.

Google ads
Back to top button