Motosikal

DUCATI SCRAMBLER MERAH JAMBU

Sempena festival Notte Rosa 2016 Adriatic yang kebetulan kena dengan hari pembukaan edisi kesembilan World Ducati Week, Ducati membuat kejutan apabila memperkenalkan model yang istimewa ini.

Ducati-Scrambler-Shocking-mekanika (4)

Tampil dengan warna merah jambu yang terang, Scrambler Shocking dibina berasaskan kepada Sixty2, model Crambler Ducati kedua yang dikeluarkan oleh Ducati.

Scrambler Sixty2 dihasil untuk menjadi satu ‘ikon pop’  yang baru untuk generasi penunggang muda. Ia menggabungkan sejarah pembinaan motosikal Ducati dengan populariti model Srambler yang lebih besar pada harga berpatutan.

Ducati-Scrambler-Shocking-mekanika (2)

Merupakan model entry level untuk Ducati, maka tidak hairanlah jika model tersebut pantas menjadi motosikal paling laris di Itali.

Scrambler Sixty2 digerakkan oleh enjin l-twin desmodromic bersesaran 399cc yang mampu menghasilkan kuasa 41hp. Jentera ini juga ringan dan mudah ditunggang oleh wanita.

Ducati-Scrambler-Shocking-mekanika (1)

Melihat Ducati memilih warna merah jambu terang, ia mungkin menjadi petunjuk bahawa pengeluar motosikal itu mula mengambil perhatian terhadap kelompok penunggang wanita.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada Scrambler Shocking akan dihasilkan sekali sahaja atau ditawarkan sebagai pilihan di bilik pameran.

Google ads
Back to top button