,
Motosikal

ITALJET DRAGSTER 2019. REKAAN GARANG, 2 PILIHAN ENJIN

Pembuat motosikal Itali, Italjet dijadual memperkenalkan semula skuter paling popularnya pada acara EICMA 2019 di Milan, Itali awal bulan depan.

Jentera itu mula diproduksi pada tahun 1998 hingga 2003 sebelum dihentikan pengeluarannya, malah Italjet dikenali kerana Dragster. Pada ketika itu, Dragster dikuasakan oleh enjin dua lejang.

Model Dragster dijangka membuat penampilan bersama reka bentuk radikal dan pelbagai komponen unik. Seperti yang anda boleh lihat, ia seakan-akan mengambil inspirasi rekaan Ducatiyang sporty.

Italjet Dragster baharu akan menggunakan talaan sistem suspensi boleh ubah horizontal, bukannya fork tradisional bersama kerangka trellis terdedah yang dicat dengan warna merah atau kuning.

Skuter itu akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin empat lejang selinder tunggal bersesaran 125cc dan 200cc. Enjin 125cc rev tinggi dengan sistem penyejukan cecair itu mampu menjana kuasa 14.7bhp dan toek 12.5Nm pada 7,750rpm.

Sementara enjin empat injap DOHC 200cc pula berkuasa19.8bhp dan tork maksimum 17Nm.

Kedua-dua skuter itu dipasang dengan rim bersaiz 12 inci di depan dan 13 inci di belakang. Berat pula sekitar 108kg untuk model 125cc dan 112 (200cc).

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button