Artikel Pilihan

PERODUA TAYANG VIDEO ACAH AXIA BARU, LAMPU DEPAN DENGAN LED REFLEKTOR SERTA TIUB CAHAYA

Melalai satu video berdurasi selama 10 saat, Perodua hari ini menayangkan satu video yang memaparkan lampu depan bagi model terbaru mereka iaitu Perodua Axia 2023. Dalam video ini adalah jelas menunjukkan lampu depan terbaru Perodua Axia yang menggunakan lampu depan dari jenis LED dan juga reflektor.

Berdasarkan imej yang dipaparkan dalam video, unit lampu depan ini menawarkan 5 unit LED disusun secara menegak dan satu lampu tiub bagi lampu kecil sama seperti yang digunakan oleh Perodua Myvi Icon 1.5 serta bersambung dengan garisan krom jeriji depan yang menampilkan logo Perodua.

Berdasarkan tekaan kami, lampu kecil dari jenis tube light ini hanya bertindak sebagai lampu kecil sahaja dan bukanlah Day Time Running Light yang digunakan oleh Toyota Vios tahun 2022. Sekiranya DRL ada ia akan dipasang di bahagian bampar di lokasi yang sama lampu kabus sepatutnya berada

Jika tekaan kami tepat, lampu isyarat membelok akan dipasang di bahagian dalam sama seperti Perodua Myvi sekarang. Walaupun tidak kelihatan, tapi ia akan memancarkan warna jingga bila dinyalakan. Tekaan ke 3 kami ialah Perodua Axia turut menawarkan teknologi Auto High Beam sama seperti Perodua Myvi.

Jadi besar kemungkinan ia tidak akan menawarkan lampu kabus depan sama seperti Myvi. Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam video, Perodua Axia 2023 sudah boleh ditempah bermula pada hari ini. Manakala pelancaran Perodua Axia 2023 dijangka dibuat pada 14 Februari 2023.

Antara ciri ciri utama yang ditawarkan oleh Perodua Axia 2023 termasulah:

1. Penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan sehingga 27.4km per liter petrol walaupun masih menggunakan enjin 1000cc VVTi yang sama. Keadaan ini boleh dicapai dengan penggunaan transmisi Dual Mode CVT atau DCVT.

2. Ciri Keselamatan Perodua Smart Drive Assist yang merangkumi brek pra-perlanggaran, amaran brek pra-perlanggaran, pedal missoperation dan juga Auto High Beam

3. Sistem kemasukan tanpa kunci dan penghidup tanpa kunci

4. 6 beg keselamatan udara dan sistem kawalan kestabilan elektronik untuk semua varian

5. Beberapa ciri baru yang sebelum ini diperkenalkan pada Ativa, Myvi dan juga Alza mulai digunakan untuk Axia seperti Power Mode Drive serta paparan skrin meter digital sebesar 7 inci

6. Varian AV juga ditawarkan dengan unit Multimedia sebesar 9 inchi. Besar kemungkinan sistem sambungan dengan telefon pintar akan ditawarkan seperti Android Auto

Bagi Perodua Axia 2023, satu lagi pilihan warna baru diperkenalkan iaitu Coral Blue. Warna lain yang akan ditawarkan termasuklah Lava Red, Granite Gray, Glittering Silver dan Solid Ivory White. Axia 2023 akan ditawarkan dengan 5 tahun jaminan ataupun 150,000km.

Google ads
Back to top button