Buletin

PESERTA TEY TANGANI MASALAH ALAM SEKITAR

Program Toyota Eco Youth (TEY) yang menjadi tiang kepada CSR UMW Toyota kini memasuki tahun ke-14 dengan projek-projek lebih mencabar daripada 16 buah sekolah yang mengambil bahagian. 

TEY-mekanika

Dilancarkan secara rasmi pada Februari lalu, program tersebut terus mencabar para pelajar dan guru untuk memainkan peranan demi kebaikan alam sekitar menerusi  kreativiti masing-masing.

Elemen utama dalam TEY adalah Metodologi Penyelesaian Masalah 8 Langkah yang menjadi falsafah Toyota dan digunakan oleh semua entiti di seluruh dunia. Metodologi itu mengikuti satu garis panduan langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah.

Toyota-Eco-Youth-2104-mekanika (6)

Bermula dengan mengenal pasti masalah, memahami situasi, menetapkan matlamat, menganalisis sebab dan akibat, merangka dan mengimplementasikan langkah-langkah, menilai keputusan serta standard kawalan.

Sama seperti tahun lalu, pengurusan bahan buangan terus menjadi topik pilihan. Sebanyak lapan buah sekolah memberi focus terhadap masalah pembuangan sampah merata-rata, longkang tersumbat, tapak pembuangan sampah haram, serta sungai atau tasik yang dipenuhi sampah-sarap.

Toyota-Eco-Youth-2104-mekanika (9)

Namun begitu, beberapa buah sekolah mencuba cabaran baru. SMK Clifford di Pahang misalnya cuba untuk menyelesaikan masalah tahi burung di bandar Kuala Lipis. SMK Putrajaya Presinct 9 (1) melihat proses rawatan air untuk penanaman padi.

SMK Convent Kajang pula akan menukar sebuah rumah untuk kanak-kanak perempuan tidak bernasib baik menjadi sebuah rumah eco contoh. Sementara SMK Bandaraya Kota Kinabalu cuba untuk menghidupkn kembali sistem pemulihan sungai dan perikanan tradisional yang dikenali sebagai Sistem Bombon.

Toyota-Eco-Youth-2104-mekanika (5)

Kerjasama strategik amat penting dalam mana-mana projek komuniti. Justeru, SMK Putrajaya dan SMK Bandaraya Kota Kinabalu berjaya menjalin kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Manakala SMK Convent Kajang pula mendapatkan khidmat nasihat teknikal serta inspirasi daripada sebuah syarika bio enzim dan kitar semula, 3R Quest.

Selain projek komuniti, beberapa buah sekolah turut menjalankan program dalaman. Misalnya, SMK Paya Kemunting, Kedah melancarkan projdk zon taman yang menggunakan sistem mentor-mentee.

Toyota-Eco-Youth-2104-mekanika (1)

Sekolah yang dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM10,000 untuk juara, RM7,000 (tempat kedua) dan RM5,000 (tempat ketiga). Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.toyotaecoyouth.com.my atau blog  www.ecoyouthblog.toyota.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button