Buletin

DATSUN GO+ PANCA DI INDONESIA

Datsun baru-baru ini melancarkan model pertamanya, Datsun GO+ Panca untuk pasaran Indonesia. 

CEO Carlos Ghosn and the GO+

“Hari ini kita meraikan pelancaran Datsun GO+ Panca di Indonesia. Datsun ialah jenama yang istimewa di hati peminat kereta di Indonesia. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan pemandu Datsun yang mahukan sebuah kereta keluarga tahan lasak dan boleh dipercayai,” kata Ketua Global Datsun, Vincent Cobee.

Datsun GO+

Sempena pelancaran tersebut, Nissan Motor Indonesia turut mengumumkan penglibatannya dalam Kereta Hijau Kos Rendah yang diinisiatif oleh kerajaan. Berdasarkan kepada peraturan inisiatif itu, nama rasmi jenama Datsun akan menjadi Datsun Nusantara.

Datsun GO+

Nama Panca diambil daripada nama global Datsun GO. GO bermaksud lima dalam bahasa Jepun dan Indonesia. “+” pula membawa maksud ruang esktra pada tempat duduk baris ketiga yang boleh menempatkan dua org penumpang.

Datsun GO+

Tempahan MPV lima pintu dengan kapasiti tempat duduk 5+2 itu sudah boleh dibuka. Penghantaran pertamanya dijadual mulai Jun. Datsun GO+ Panca dikuasakan oleh enjin bersesaran 1.2 liter berkuasa 68hp yang dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan. Lima warna pilihan diberikan.

Datsun GO+

Jentera yang didatangkan dalam tiga varian itu ditawarkan pada harga bermula 85 juta rupiah (RM23,000) hinga 103 juta rupiah (RM29,000) seunit. Buat masa sekarang, ia dijual di 39 buah pengedar. Menjelang akhir tahun fiskal ini, jumlah pengedaran akan ditambah menjadi 95 di seluruh Indonesia.

Datsun GO+

Datsun GO+ Panca dibina di kilang baharu Datsun di Purwakarta, Jawa Barat, Indonesia. Kilang seluas 60,000 meter persegi itu menempatkan ruang pemasangan enjin, badan, cat, kemasan dan chasis. Ia akan menjadi kilang untuk Datsun bagi pasaran republik tersebut.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button