Pandu Uji

HONDA CITY – KERETA BANDAR IDEAL

Pandu uji kali ini membawa saya ke pulau lagenda, Langkawi. Sepanjang dua hari di sana, boleh saya katakan bahawa Honda Malaysia cukup yakin dengan produk terbaharu mereka iaitu Honda City. 

SONY DSC

Keyakinan itu terserlah menerusi beberapa ujian yang telah disediakan. Bagi menawarkan perbandingan yang lebih berkesan, Honda Malaysia turut menyediakan beberapa buah pesaing terdekatnya untuk menjalani ujian sama. Model yang terlibat ialah Toyota Vios, Nissan Almera dan Volkswagen Polo Sedan.

Ia dimulakan dengan sesi untuk menguji bagaimana City dapat mengawal olengan tubuhnya walaupun terpaksa melalui slalom, dengan sebiji bola tenis diletakkan pada bahagian bonetnya.

SONY DSC

Jika itu kurang menarik, semua media yang menyertai sesi pandu uji ini kemudian  berpeluang merasai sendiri keupayaan City untuk mengelak halangan yang berada di hadapannya.

Caranya begini. Dua set halangan yang dibina menggunakan kotak dan kon disusun agar pemandu perlu membuat penukaran haluan berbentuk S.  Dengan kelajuan sekitar 60 kilometer sejam (km/j), mereka tidak dibenarkan menekan brek, melanggar kotak dan kon.

Honda-City-Langkawi-Mekanika (1)

Pastinya, krew yang bertugas terpaksa bekerja keras untuk menyusun semula kotak dan kon yang dilanggar.  Walaupun agak mendebarkan pada awalnya, ujian itu nyata membuka mata bahawa kewujudan ciri keselamatan VSA (vehicle stability assist) benar-benar memberi perbezaan.

Dalam keadaan cemas ini, City yang dilengkapi VSA serta gabungan topang Macpherson dan torsion beam nyata dapat dikendalikan dengan yakin tanpa olengan tubuh yang ketara. Selepas membuat ujian sama ke atas semua model pesaingnya, prestasinya memang jauh berbeza.  Harus tahu bahawa VSA dan enam beg udara adalah ciri standard untuk varian tertinggi City.

Honda-City-Langkawi-Mekanika (18)

Jadi, saya cadangkan kepada sesiapa yang ingin membeli kereta, sila pastikannya ia mempunyai ciri VSA. Sebabnya, ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan penumpang.

Kuasa pecutan City kemudian diuji dalam satu sesi drag race yang mendapat kerjasama daripada polis trafik. Ternyata, City terasa ringan dan dapat meninggalkan semua kereta lain tanpa sebarang masalah.

SONY DSC

Dilengkapi unit enjin bersesaran 1.5 liter i-VTEC berkuasa 120Ps dan tork maksimum 145Nm yang dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan automatik, corak City sudah boleh dijangka. Linear dan lancar, sedar-sedar laju sahaja.

Berada di dalam City, sesiapa sahaja pasti mengakui bahawa ruang kabinnya memang luas. Inilah hasil daripada falsafah rekaan “man maximum, machine minimum” yang dipegang oleh Honda sejak sekian lama.

SONY DSC

Walaupun anda mungkin setinggi enam kaki, ruang kaki penumpang belakang cukup luas untuk membolehkan anda duduk dengan selesa sepanjang perjalanan. Menambah keselesaan itu ialah dua corong pendingin hawa untuk penumpang belakang.

Faham bahawa semua orang memiliki peranti, City dilengkapi dengan tiga soket kuasa dan dua port USB. Jadi anda boleh menyambungkan atau mengecas peranti tanpa perlu berebut dengan orang lain.

SONY DSC

Memandu varian berspesifikasi paling tinggi, City dipasang dengan sistem audio bersama paparan skrin sentuh antara muka bersaiz tujuh inci. Anda boleh mengawal audio dan pendingin hawa dengan menekan simbol pada skrin tersebut.

Nampak mahal, cantik dan boleh beroperasi dengan intuitif, permukaan skrin itu bagaimanapun mudah kotor dengan kesan cap jari. Saya harus ingatkan juga bahawa anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan ciri yang ditawarkannya.

SONY DSC

Selepas lebih sebulan dilancarkan secara rasmi, City mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila lebih 11,000 unit tempahan telah diterima. Malah angka itu mencatat sejarah tersendiri buat Honda Malaysia.

SONY DSC

Secara ringkasnya, saya boleh katakan City ialah kereta serba lengkap untuk anda yang ingin memiliki kereta pertama. Kepada mereka yang sudah menempahnya, tahniah, anda sudah membuat pilihan yang tepat.

[hr]GALERI 

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button