Motosikal

HARLEY-DAVIDSON SEDANG BANGUNKAN MOTOSIKAL MURAH UNTUK PASARAN ASIA – HARGA MUNGKIN SEKITAR RM17K

Pengeluar motosikal berpengaruh dari Amerika Syarikat, Harley-Davidson kini sibuk melakukan transformasi secara total. 

Ia dilihat sedang melaksanakan pelan untuk mengembangkan jenama ini melangkaui imej tradisional yang biasanya dikaitkan dengan golongan agak berusia.

Harley-Davidson berazam untuk meneroka pasaran-pasatan baru, selain merancakkan lagi pasaran sedia ada menerusi penawaran banyak produk terkini. 

Tahun lalu, syarikat yang berpangkalan di Milwaukee, AS itu mengumumkan bahawa ia mahu membangunkan motosikal dengan enjin bersesaran lebih kecil untuk pasaran India. Buat masa sekarang, Harley-Davidson sudahpun mempunyai sebuah kilang di India yang dibuka sejak tahun 2011. 

Kilang itu menghaslkan beberapa model seperti Softail, Dyna, serta jentera entry level termasuklah Street 750 dan Street 500. 

Harley-Davidson memberitahu ia akan menawarkan motosikal yang lebih murah dan sedang mencari rakan strategik untuk merealisasikan impian tersebut.

Jika tidak jumpa rakan niaga seperti yang dipraktikkan oleh BMW dengan TVS dan KTM-Bajaj, Harley-Davidson mungkin melaksanakan pelan itu sendirian. 

Media di India membuat spekulasi harga baru motosikal Harley-Davidson itu mungkin berharga sekitar AS$4,000 (RM17,000) seunit. Untuk bersaing dalam pasaran motosikal yang sangat sengit di India, harga dan pakej adalah segala-galanya. 

Untuk merealisasikan harga begitu, ia mungkin terpaksa mengorbankan beberapa ciri kurang penting seperti lampu LED dan meter digital. Tetapi tidak mengabaikan aspek keselamatan. 

Mazda CX30

Media India Zigwheels menjangkakan model baharu itu bakal membuat penampilan pertama pada acara EICMA 2019 November depan, sebelum ia memasuki saluran produksi tahun 2020. 

Memanglah pelan asalnya adalah untuk pasaran India, tetapi jika Harley-Davidson ingin menjangkau pembeli muda, motosikal baharu itu harus juga diperkenalkan di negara-negara Asia, selain Eropah dan Amerika Utara. 

Tags
Google ads
Back to top button