
PETTER SOLBERG BERSEDIA UNTUK KEMBALI BERAKSI DI BAUHAUS ROYAL RALLY OF SCANDINAVIA
Bekas pemenang FIA World Rally Championship (WRC) 2003, Petter Solberg khabar sedang mula mengelap sarung tangan dan juga helmet apabila sahih akan kembali beraksi di pusingan ketiga FIA European Rally Championship (ERC) di ERC Bauhaus Royal Rally of Scandinavia pada bulan hadapan pada 13 – 15 Jun 2024.
Petter Solberg yang juga merupakan bapa kepada bintang muda WRC2, Oliver Solberg berjaya meraih kejuaraan tunggal WRC pada 2003 dengan menewaskan pemandu lagenda yang lain ketika itu seperti ichard Burns, Sébastien Loeb, dan Carlos Sainz.
Hampir lima tahun selepas perlumbaan kompetitif terakhirnya sewaktu di Wales Rally GB pada tahun 2019, pemandu berusia 49 tahun itu akan kembali beraksi untuk pusingan ketiga ERC bersama jentera Volkswagen Polo GTI R5 milik keluarganya. Beliau akan berpasangan Jonas Andersson, yang kini bekerjasama dengan Gus Greensmith dalam WRC2, sebagai Juruarah.
Menurut Petter Solberg, setiap kali berada di bengkel, seakan wujud perasaan bahawa jentera Polo GTi R5 tersebu seoalah memanggilnya untuk kembali beraksi.
“Anda kenal say dan anda tahu tentang keluarga ini. Rali adalah segala-galanya bagi kami. Tahun lepas saya membawa ibu saya memandu Citroën C4 WRC saya di salah satu peringkat Royal Rally. Itu bagus, tetapi Oliver berseronok dan memenangi rali tersebut,” ujar Petter Solberg.

Sungguh pun demikan, menurut Petter Solberg keseronokan tanpa tekanan akan menjadi agenda utama semasa memecut laju di laluan batu kerikil yang akan berlangsung di bandar Karlstad Sweden pada bulan hadapan.
“Saya tidak berlumba di sana untuk menang, ia adalah untuk persembahan dan untuk menikmati pemanduan,” tegasnya. “Ia akan menjadi sukar. Sudah lima tahun sejak saya melakukan Rally GB (menang WRC2 dan menduduki tempat ke-10 keseluruhan), tiada apa-apa sejak itu. Kepantasannya luar biasa dalam perlumbaan tersebut dan anda tidak boleh mengulanginya semula,” tambah Petter Solberg lagi.
Mengenai pemilihan Jonas Andersson sebagai Juruarah, ianya bukanlah perkara yang pelik memandangkan mereka sebenarnya tinggal dalam kejiranan yang sama, cuma tidak pernah berpeluang untuk bergandingan bersama.
BACA : ERC 2023 – OLIVER SOLBERG MENANG DI BUMI SENDIRI BAUHAUS ROYAL RALLY OF SCANDINAVIA
BACA : PETTER SOLBERG AKHIRNYA MENGGANTUNG HELMET. BERSARA DAH PAKCIK NI








