Motosikal

MAS2024: BENDA DEBUT DI MALAYSIA DENGAN DARKFLAG V4, NAPOLEON 500 – DARI RM27,888

MForce Bike Holdings memperluas tawaran motosikal di Malaysia kali ini menerusi jenama BENDA. Dua model baharu itu merupakan BENDA Napoleon 500 dan Darkflag V4. 

BENDA Napoleonbob 500

BENDA Napoleon 500 merupakan motosikal gaya cruiser yang dipacu enjin V-Twin 475.6cc DOHC yang berupaya menjana 47hp dan 42Nm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dan bantuan klac slipper dan ‘traction control’. 

Antara ciri ditawarkan termasuk:

  • fork teleskopik depan dan monoshock belakang
  • rim 16-inci 
  • kaliper brek tunggal 320mm depan dan 260mm belakang
  • tangki bahan api 16L

Motosikal ini juga hadir dengan pencahayaan LED penuh serta panel meter digital dan ABS dwi-saluran. 

BENDA Darkflag V4

Selain itu, BENDA turut menawarkan cruiser Darkflag V4 yang menawarkan kuasa lebih baik berbanding Napoleonbob 500. 

Ini kerana Darkflag V4 dikuasakan platform V4 496cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang menjana 53.5hp pada 10,000rpm dan 42Nm pada 7,500rpm. 

Bagaimanapun, ciri utama yang membuatkan Darkflag ini menonjol bukan disebabkan enjin V4 500cc tersebut sebalkinya motosikal ini turut dilengkapi dengan ‘air suspension’ yang merupakan ciri luar biasa pada motosikal bawah 500cc. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • rim 16-inci
  • brek ABS dwi-saluran
  • berat 248kg
  • tangki bahan api 16L

BENDA Darkflag V4 ini ditawarkan pada harga RM39,888

GALERI: BENDA Napoleonbob 500

GALERI: BENDA Darkflag V4

Google ads
Back to top button