
GENERASI KETIGA McRAE BAKAL SERTAI JUNIOR ERC 2023
Nama McRae dalam sukan rali ini tidak perlu lagi diperkenalkan. Ianya adalah lagenda. Dan lagenda nama McRae nampaknya bakal kembali mewarnai FIA European Rally Championship (ERC) setelah Max McRae mengesahkan beliau bakal beraksi dalam kelas Junior ERC bagi musim 2023, sebuah kategori yang khusus untuk peningkatan daripada kebangsaan ke antarabangsa
Mac McRae yang berusia 18 ini adalah merupakan anak kepada Alister McRae, saudara bongsu buat sang lagenda Colin McRace dan cucu kepada Jimmy McRae. Ketiga – ketiga mereka, Alister, Colin dan juga Jimmy pernah mengambil bahagian dalam saingan ERC semasa karier mereka dengan Jimmy pernah merangkul 17 kemenangan.
Sekadar mengimbau kenangan, bapa beliau Alister McRae pernah memandu untuk pasukan Proton dengan memandu Proton S2000 dan memenangi kejuaran APRC pada tahun 2011. Kiranya, darah rali sememangnya sudah lama mengalir dalam Max McRae ini.
Musim kesepuluh Junior ERC ini bakal berlangsung membabitkan enam pusingan dengan Orlen Rally Poland bakal menjadi lokasi pertamanya. Dan disebabkan itu, Max McRae harus berpindah untuk menetap dari Barat Australia ke Eropah bagi memudahkan beliau mengambil bahagian dalam Junior ERC ini.

“Junior ERC ini adalah satu langkah yang tepat untuk saya. Bertanding di Australia adalah perkara menakjubkan untuk beberapa tahun ke belakang ini tetapi saya tahu saya harus mengambil langkah ke hadapan dan menyeberang hingga ke Eropah”, ujar Max McRae.
Bagi ERC sendiri, kehadiran generasi ketiga McRae pasti menyemarakkan lagi kejuaraan Junior ERC musim ini. Pasti hanya masa yang bakal menentukan bilakah masanya Max McRae ini untuk menaiki podium, mengulangi apa yang pernah diulangi oleh ayah, pakcik mahu pun datuk beliau.
Untuk rekod, Junior ERC ini terbuka buat mereka yang memandu Rally4 / Rally5 dan berusia 27 tahun ke bawah.
Kalendar Junior ERC 2023
- 79th Rally Poland – 20 / 21 Mei
- Tet Rally Liepāja – 17/18 Jun
- Royal Rally of Scandinavia – 7/8 Julai
- Rally di Roma Capitale – 29/30 Julai
- Barum Czech Rally Zlín – 19/20 Ogos
- IV. Rally Hungary – 7-10 Oktober
BACA : SUBARU WRX IKONIK COLIN MCRAE DIJUAL PADA HARGA RM2 JUTA. PEMBIDA GUNA BITCOIN JE
BACA : WRC 2023 – SEBELUM RALLY SWEDEN, PEMANDU WRC BERLUMBA DAHULU DI RALI KEBANGSAAN








