Buletin

PEUGEOT 308 – EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2014

Peugeot 308 diumumkan sebagai penerima anugerah European Car of the Year 2014 sempena acara Geneva International Motor Show kali ke-84 yang bakal berlangsung pada minggu ini. 

peugeot-308-ecoty-mekanika (4)

Model kompak tersebut berjaya mengenepikan enam finalis lain iaitu BMW i3, Tesla Model S, Citroen C4 Picasso, Mazda3, Skoda Octavia dan Mercedes S-Class. Peugeot 308 dipilih oleh 58 wartawan pemotoran yang mewakili 22 buah negara Eropah.

peugeot-308-ecoty-mekanika (3)

Markah sebenar yang diterima oleh para finalis adalah seperti berikut:

Peugeot 308: 307 mata
BMW i3
: 223 mata
Tesla Model S: 216 mata
Citroen C4 Picasso:
182 mata
Mazda3:
180 mata
Skoda Octavia:
172 mata
Mercedes S-Class: 170 mata

 peugeot-308-ecoty-mekanika (9)

Peugeot 308 merupakan model keempat Peugeot yang menerima anugerah sama selepas  307 (2002), 405 (1988) dan 504 (1969). Ia juga lebih kompak berbanding model terdahulu dengan ruang but lebih besar dan kokpit yang telah direka semula.

 peugeot-308-ecoty-mekanika (2)

Dihasilkan di kilang Peugeot di Sochaux, selatan Perancis, model itu dilancarkan Eropah pada suku keempat tahun lalu. Sehingga kini, lebih 55,000 unit  telah ditempah.

Peugeot 308 ditawarkan dengan sembilan unit enjin, empat petrol dan lima enjin diesel yang menjanjikan penjimatan terbaik. Menjelang musim bunga, varian Peugeot 308 akan dikembangkan menerusi model estate, 308 SW.

peugeot-308-ecoty-mekanika (10)

“Kami telah membuat pilihan yang radikal. Kami menjadikannya sangat ringan dan ruang kabin yang tiada butang. Dengan 308, kami yakin telah mencatat pencapaian yang membanggakan dari segi konsep, teknologi dan kualiti,” kata Pengarah Besar Automobiles Peugeot, Maxime Picat.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button