
APPLE DAN HYUNDAI BAKAL TANDATANGANI PERJANJIAN BINA KERETA ELEKTRIK BERAUTONOMI
Hyundai Motor dan Apple Inc dilapor merancang untuk menandatangani satu kerjasama untuk menghasilkan kereta elektrik berautonomi pada Mac depan, sebelum memulakan produksi sekitar tahun 2024 di Amerika Syarikat (AS).
Laporan media Korea Selatan, Korea IT itu timbul selepas Hyundai Motor mengesahkan bahawa pihaknya masih berbincang dengan Apple untuk menghasilkan kereta elektrik. Perkembangan itu membuatkan saham Hyundai naik hampir 20 peratus.
Hyundai Motor bagaimana enggan memberi komen mengenai perkembangan terbaharu itu. Sebaliknya memberitahu ia menerima banyak permintaan untuk kerjasama daripada syarikat lain.

Laporan terkini Korea IT juga telah memadamkan beberapa perincian seperti lokasi produksi, kapasiti, rangka masa untuk menandatangani perjanjian dan pelancaran model terawal.
Terdulu, media itu menyatakan bahawa Apple dan Hyundai merancang untuk membina kereta mereka di kilang Kia Motors di Georgia atau melabur dalam satu kilang baharu di AS yang mampu menghasilkan 100,000 unit kenderaan setahun menjelang tahun 2024. Kapasiti penuh kilang tersebut adalah sekitar 400,000 unit kenderaan setahun.
Laporan titu juga menyebut kedua-dua syarikat berkenaan mahu melancarkan kereta Apple ‘versi beta’ pada tahun depan.
Sebelum ini, Reuters ada melaporkan yang Apple mahu menghasilkan kenderaan dengan teknologi pemanduan berautonomi.
Kereta penumpang yang akan menggunakan teknologi bateri termaju Apple dijadual dilancarkan seawal tahun 2024. – Reuters
- BACA: ELON MUSK PERNAH OFFER APPLE UNTUK BELI TESLA. TAPI TIM COOK TAK LAYAN. SEKARANG MUNGKIN MENYESAL
- BACA: LORI BAWA IPHONE, APPLE WATCH BERNILAI RM27 JUTA DIROMPAK DI UK
- BACA: HYUNDAI LANCAR KERETA ELEKTRIK, IONIQ 5. BOLEH CAS PAKAI MATAHARI
- BACA: SEGALANYA TENTANG TRANSMISI CVT HYUNDAI/KIA, INTELLIGENT VARIABLE TRANSMISSION.