Buletin

PLUS TAWAR PERKHIDMATAN PRA-PESANAN MAKANAN DI R&R

Pelanggan lebuh raya disaran menggunakan perkhidmatan Pra-Pesanan makanan yang terdapat di 16 kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bagi menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah.

Perkhidmatan Pra-Pesanan makanan boleh didapati melalui portal https://orderdisini.plus.com.my atau menerusi Aplikasi PLUS Mobile.

Ketua Operasi Kecemerlangan PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata pelanggan lebuh raya boleh membuat Pra-Pesanan makanan lebih awal atau sebelum tiba ke destinasi R&R yang dituju dengan lebih mudah menggunakan telefon bimbit atau komputer riba.

“Mereka dapat menjimatkan masa menunggu penyediaan makanan, tidak perlu beratur di gerai dan pengambilan bungkusan makanan yang dipesan juga lebih cepat dan mudah apabila tiba di lokasi R&R terbabit,” katanya.

Beliau menambah, dalam keadaan norma baharu, inisiatif Pra-Pesanan ini juga dapat menjaga penjarakan sosial di kalangan orang ramai di tempat umum.

Katanya, ia juga dilihat dapat membantu perniagaan rakan niaga PLUS dan amalan Prosidur Operasi Standard baharu di kawasan R&R. 

Perkhidmatan ini terdapat di R&R PLUS iaitu di Dengkil (Kedua-dua Arah), Rawang (Arah Utara) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh, Machap (Kedua-dua Arah), Ayer Keroh (Arah Selatan), Gunung Semanggol (Kedua-dua arah), Pagoh (Arah Selatan), Tapah (Arah Selatan), Ulu Bernam (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Juru (Arah Selatan) serta di lebuh raya LPT2 di R&R Ajil (Arah Utara), Paka (Arah Utara) dan Perasing (Arah Selatan).

Google ads
"
"
Back to top button