Buletin

WANITA BAKAR JEEP BEKAS TEMAN LELAKI. TAPI HAMPIR ‘MAKAN’ DIRI SENDIRI

Seorang wanita yang sengaja membakar sebuah kenderaan dipercayai milik bekas teman lelakinya hampir membakar diri sendiri.

Rakaman video tindakan wanita itu tersebar di platform media sosial menunjukkan dia mencurah petrol ke bahagian badan kenderaan didakwa jenama Jeep sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api barbeku.

Bagaimanapun, sebaik sahaja api dinyalakan, kedengaran bunyi letupan dan ia marak dengan pantas sehingga mengakibatkan wanita itu tercampak jatuh ke permukaan jalan raya.

Melalui rakaman video, wanita itu mula merangkak dan menjauhkan diri daripada kenderaan kemungkinan bimbang dirinya terbakar dengan lebih teruk.

Ketika jentera masih terbakar, dia mengumpul peralatan dan melarikan diri dari lokasi kejadian.

Masih belum dapat dipastikan sama ada wanita itu mengalami kecederaan mahupun telah ditahan pihak polis. Difahamkan, video berkenaan dirakam di Amerika Syarikat. – agensi

Google ads
Back to top button