" "
Buletin

TANK 300 – SUV GAGAH PERKASA YANG BUATANYA DARI CHINA

Segmen pasaran kenderaan untuk China terlalu besar dan unik. Bayangkan, satu syarikat induk sahaja berupaya mengeluarkan beberapa jenama di bawah naungannya mengikut jenis dan model kenderaan. Dan Tank ini merupakan pembuat yang mengkhususkan pembuatan SUV bercitarasa mewah yang bernaung di bawah Kumpulan GWM (Great Wall Motors). Dan ini adalah Tank 300, sebuah SUV gaya moden yang kelihatan cukup perkasa dan bergaya.

Entah mengapa, mata BK ini cukup jahat untuk mengaitkan Tank 300 ini dengan sebuah lagi model SUV terkemuka dari jenama Amerika. Sekali imbas, memang ada iras Ford Branco / Jeep Wrangler tersebut pada bahagian hadapan / sisi. Lampu utama berbentuk bulat yang mengapit kiri kanan serta gril yang besar merentangi di bahagian tengah.

Nampak macam biasa, tapi sebenarnya rekaan sebegini cukup bijak dan kena untuk menarik perhatian pembeli yang tidak mahu rekaan yang agak terlebih. Rasanya rekaan sebegini pemiliknya merasakan lebih selamat dan tenang sekiranya ingin dipandu masuk ke dalam hutan. Fender yang gabak tu cukup untuk memberikan isyarat bahawa SUV ini sememangnya mahu dilanyak masuk ke hutan.

Yang pasti Tank 300 ini khusus buat mereka yang ingin mengembara ke luar kota sambil memandu sebuah SUV dengan citarasa yang lebih mewah dan premium. Untuk feel yang lebih mewah dan sedap, SUV ini telah dilengkapi dengan kelengkapan kalis bunyi berganda meliputi ruangan enjin dan pada ruangan tepi badan kenderaan bagi menghalang bunyi luar daripada menerjah masuk ke ruangan kabin.

Tempat duduk pula direka agar lebih ergonomik serta mempunyai fungsi pengudaraan dan mengurut bagi tempat duduk hadapan. Balutan kulit Nappa turut menyerlahkan lagi rasa mewah. Baru betul selesa. Meter kluster digital juga kelihatan cukup premium bagi memaparkan data penting kenderaan disamping skrin sistem infohiburan di bahagian tengah yang cukup dengan segala ketersambungan sedia ada.

Ciri keselamatan juga tidak kalah apabila turut dilengkapi dengan ciri moden seperti Adaptive cruise control (ACC), Lane departure warning system (LDW), Lane keeping assist (LKA), Secondary collision mitigation (SCM), serta Traffic jam assist system (TJA). Tugas menggerakkan SUV ini adalah enjin 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan kotak gear auto lapan kelajuan.

Dan tahukah setakat awal tahun 2022 yang lalu, sejumlah 84,588 unit model Tank 300 telah berjaya dijual di China. Fuh bukan main laku lagi. Harga yang ditawarkan bermula Yuan 175,800 (RM115,554). Tak adalah mahal sangat sebenarnya kan? Patutlah laku.

BACA : GWM RASMI LANCAR TANK 500. MILD-HYBRID V6, 349HP, BERMULA RM221K

BACA : GWM TANK 500. 510HP, LEBIH BESAR DARIPADA LAND CRUISER PRADO

Google ads

B K

Back to top button