Buletin

POLESTAR MAHU BUKA 20 BILIK PAMERAN DI CHINA UNTUK SAINGI TESLA

Polestar, pembuat kereta elektrik premium milik Geely dilapor merancang untuk membuka 20 bilik pameran di China sebagai persediaan untuk menyerahkan sedan elektrik Polestar 2 kepada pelanggan. 

Langkah itu diambil untuk bersaing dengan EV Tesla Model 3 yang dihasilkan di China. Polestar yang sebelum ini mempunyai hanya satu bilik pameran di Beijing mahu membuka premis sama di 17 buah bandar.

Syarikat yang berpangkalan di Gothenburg, Sweden itu memiliki sebuah kilang pemasangan di bandar Taizhou. 

Kekuatan rangkaian bilik pameran merupakan pembeza penting untuk pengeluar kenderaan elektrik ketika mereka berssiap sedia untuk melancarkan pelbagai model menarik. Kebanyakan bilik pameran itu berada di dalam pusat membeli-belah. 

Polestar turut merancang untuk mengeksport Polestar 2 ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat tidak lama lagi. – Reuters 

Google ads
Back to top button