Motosikal

SKUTER WMOTO RT3S KINI HADIR DENGAN SKRIN TFT. BERMULA RM17,888

MForce Bike Holdings hari ini melancarkan skuter WMOTO RT3S yang kini hadir dengan skrin TFT. Model sebelum ini diperkenalkan pada Mac 2021 menggunakan skrin digital penuh.

Skuter itu juga didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu merah, kelabu dan kelabu pada harga bermula RM17,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Instrumen pintar RT3S dilengkapi tiga efek User Interface (UI) berbeza. Setiap UI itu mempunyai mod cahaya da malam yang terang. Mod cahaya dan malam itu boleh ditukar mengikut keamatan cahaya semasa.

RT3S dibekalkan dengan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS) untuk membolehkan penunggang mengetahui tahap tekanan tayar.

Skrin TFT turut akan memaparkan simbol spanar sebagai peringatan penyelenggaraan apabila sudah tiba masanya skuter diselenggara.

Jentera itu bagaimanapun masih mengekalkan spesifikasi teknikal dan teknologi yang sama dengan versi terdahulu (RT3) seperti kunci pintar atau Smart Key.

Sistem kunci pintar tersebut mudah digunakan untuk menghidup, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki minyak tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda.

WMoto RT3S terus menggunakan sistem brek ABS jenama Bosch pada roda hadapan dan belakang untuk meningkatkan keselamatanpenunggang. Harus tahu bahawa skuter itu menerima penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP).

GALERI

Google ads
Back to top button