Buletin

POLIS UCAP TERIMA KASIH KEPADA HANTU BERDIRI ATAS VAN, BANTU HALAU REMAJA BERKELIARAN

Beberapa hari lalu tular gambar satu lembaga berwarna putih yang berdiri di atas sebuah van di Facebook. Gambar itu mendapat perhatian netizen apabila dikongsi sebanyak 3,300 kali, mendapat 1,400 komen dan 983 tanda Like. 

Sebenarnya, individu yang menjadi hantu itu ialah Muhammad Urabil Alias, berusia 38 tahun.

Menurut Urabil, dia berbuat demikian kerana hendak menakut-nakutkan remaja yang berkeliaran di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung, Chukai Terengganu ketika kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Selepas gambar itu tular, jumlah remaja yang berkeliaran semakin berkurangan.     

Urabil bagaimanapun gementar apabila sepasukan polis datang ke rumahnya sebelum meminta dia memakai semula palkaian dan topeng watak Gandalf dan keluar menemui mereka. 

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Tetapi rasa bimbang itu hilang sebaik sahaja kedatangan polis hanya untuk mengucapkan terima kasih. Arahan memakai semula pakaian dan topeng pula adalah untuk tujuan bergambar,” kata Urabil. 

Dia lega kerana tindakannya itu mendapat penghargaan dan datang daripada kumpulan barisan hadapan sendiri. Urabil mengambil inisiatif untuk menjadi hantu bagi memastikan golongan remaja duduk di rumah sepanjang tempoh PKP. 

Aksi itu dirakam oleh isterinya, Norhayati Nayan sebelum dimuat naik ke laman Facebook dengan harapan ia dapat menakutkan orang ramai daripada merayau pada lewat malam. 

Google ads
Back to top button