Buletin

PORSCHE TAWAR KEMAS KINI PERISIAN OTA 2023 UNTUK SEMUA VARIAN TAYCAN

Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, lebih 75,00 unit Taycan telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh dunia. Kini, Porsche akan menawarkan naik taraf ke atas model kereta elektrik pertamanya itu. Naik taraf perisian tahun 2023 itu melibatkan semua varian Taycan dan dibuat berdasarkan kepada pasaran yan gspesifik. 

Antara manfaat naik taraf yang bakal diterima oleh pelanggan ialah peningkatan kecekapan rangkaian kuasa, fungsi baharu, penambahbaikan pada Porsche Communication Management (PCM), Porsche Connect dan sistem bantuan pemandu. 

Kemas kini tersebut merangkumi pilihan untuk mendapatkan fungsi-fungsi individual dan unlocked peralatan selepas pembelian (fungsi berdasarkan permintaan). Ia juga akan meningkatkan keupayaan kemas kini over-the-air (OTA) ke atas semua model Taycan. OTA itu adalah percuma dan boleh dibuat ketika mengunjungi pusat servis Porsche. 

“Kempen ini akan membolehkan pelanggan mendapat manfaat daripada pembangunan berterusan Taycan. Kami sentiasa mengoptimumkan siri model ini sejak tahun 2019,” kata Nain Presiden Model Line Taycan, Kevin Giek. 

Skop kemas kini dan keperluan untuk pergi ke pusat servis bergantung kepada status perisian spesfifik sesebuah Taycan. Semakin lama usianya, semakin banyak penambahbaikan dan inovasi akan ditambah. 

Pengecas onboard 22kW boleh dipasang dengan penambahan kos. Dengan keupayaan utum pengecasan bateri akan menjadi lebih pantas. Bagi pasaran Eropah dan Amerika Utara, retrofit berkenaan merangkumi pengaktifan fungsi Plug & Charge. Ia memudahkan urusan pengecasan tanpa memerlukan kad atau aplikasi. 

Sebaik sahaja kabel dimasukkan, Taycan akan berkomunikasi dengan stesen pengecasan yang boleh menerima ciri Plug & Charge. Jadi, pengecasan dan proses pembayaran akan bermula secara automatik.

Kemas kini penting OTA Taycan merangkumi: 

  • Rangkaian Kuasa: Dalam mode pemanduan Normal dan Range pada model pacuan semua roda, motor elektrik hadapan hampir tidak digunakan. Apabila dipandu dan tidak bergerak, kedua-dua gandar tidak disalurkan dengan kuasa tork. Freewheel elektrik akan mengurangkan geseran seretan, sekali gus meningkatkan jarak kenderaan. Indikator pacuan semua roda kini dipaparkan sebagai aliran tenaga pada paparan tengah. Ini membuatkan status operasi boleh dilihat dengan lebih mudah. Operasi perolehan semula tenaga juga telah dioptimumkan. Penambahbaikan ini relevan untuk model Taycan dari tahun 2020 dan 2021.  
  • Pengurusan Thermal: Memastikan suhu bateri sentiasa rendah membolehkan Taycan dicaj dengan lebih pantas. Haba panas daripada komponen elektrikal digunakan sepenuhnya sebelum ia menjejaskan bateri. Naik taraf untuk Taycan tahun 2020 dan 2021 ini memberikan jarak lebih jauh dan tempoh pengecasan lebih singkat. 
  • Porsche Communication Management (PCM) and Porsche Connect: Fungsi-fungsi baharu, rekaan jubin berwarna-warni pada skrin pemula dan lebih mudah digunakan. Kemas kini ini melibatkan Taycan keluaran tahun 2020 hingga Februari 2022 yang mengoptimumkan ciri kawalan suara, selain mengintegrasikan aplikasi Spotify dan Android Auto secara tanpa wayar. Sistem navigasi boleh memilih sistem pengecasan berdasarkan kepada kapasitinya. Pemandu Taycan 2021 dengan ciri head-up display (HUD) akan dioptimumkan dengan peta navigasi dan banyak lagi. Kandungan paparan ditambah dan semua arahan operasi boleh menggunakan suara pada model Taycan sebelum tahun 2023. 
  • Sistem Bantuan: Sensor pada fungsi ParkAssist kini boleh beroperasi pada jarak lebih jauh. Pencarian ruang parkir juga telah ditambah baik. Kemas kini ini ditawarkan kepada model Taycan tahun 2020, 2021 dan 2022. 
  • Bukaan fungsi selepas pembelian (FoD): Semua model Taycan bermula tahun 2020, 2021 dan 2022 kini boleh mendapatkan fungsi bukaan tanpa kunci untuk pintu dan but belakang berdasarkan kepada permintaan.  
Google ads
Back to top button