Buletin

PORSCHE TAYCAN LAKAR REKOD DUNIA GUINNESS DRIFT PALING LAMA JENTERA ELEKTRIK

Pengajar pemanduan Porsche, Dennis Retera melakar Rekod Dunia Guinness dengan melakukan drift paling lama kenderaan elektrik menggunakan jentera Porsche Taycan.

Rekod berkenaan dilakukan di skidpad Hockenheimring, Porsche Experience Center, Jerman yang memiliki jarak sejauh 200 meter.

Retera melakukan drift selama 55 minit tanpa henti merangkumi 210 pusingan pada jarak sejauh 42.171 km dengan kelajuan purata 46 km/j.

Dia mengakui agak memenatkan mengekalkan rentak drift dalam tempoh hampir satu jam.

Skidpad berkenaan dibasahkan sepanjang tempoh percubaan melakukan rekod terbabit malah Porsche Taycan itu diperiksa terlebih dahulu sebelum dan selepas mencatat rekod.

Selain itu, beberapa sistem tracking turut digunakan termasuk sistem pengesanan lokasi (GPS) sehingga sensor kadar yaw dan kamera dipasang di bahagian bumbung jentera dalam merekodkan acara berkenaan.

Percubaan Porsche melakukan rekod disahkan hakim Rekod Dunia Guinness, Joanne Brent dan pemerhati bebas, Denise Ritzmann yag merupakan juara drifting Eropah pada tahun 2018 serta 2019. – agensi.

Google ads
Back to top button