Buletin

PRA-TEMPAHAN BMW M3 COMPETITION & M4 COMPETITION COUPE DI BMW SHOP ONLINE KINI DIBUKA. BERMULA RM664,800

BMW Malaysia hari ini melancarkan kempen untuk model BMW M dengan pra-tempahan BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé kini sudah dibuka.

Dalam tempoh 10 bulan, BMW Malaysia telah memperkenalkan enam model M Performance baharu dan meraikan Hari Malaysia bersama para pemilik BMW M di ///Malaysia Day Drive.

BMW M Secret Garage di Munich, Jerman yang menjadi sebutan ramai juga dapat disaksikan di Malaysia buat pertama kali ketika acara yang berlangsung di M Town.

Pada acara itu, BMW melancarkan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé. Selain model BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition baharu untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua model tersebut boleh ditempah melalui BMW Shop Online mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 dengan yuran hanya RM5,000.

Pakej Inovasi BMW bagi kedua-dua model juga ada ditawarkan untuk memberikan bakal pemilik pengalaman pemilikan premium yang tersendiri.

Pelanggan berpeluang untuk menikmati harga istimewa dan tawaran bagi BMW M3 Competition serta BMW M4 Competition Coupé. Selain menjadi antara pemilik pertama untuk menerima kenderaan ini pada tahun 2021.

Anggaran harga bagi model-model ini (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

  • BMW M3 Competition                                           RM 664,800
  • (dengan Pakej Inovasi)                                         RM 722,800
  • BMW M4 Competition Coupé                             RM 684,800
  • (dengan Pakej Inovasi)                                         RM 740,800

Layari BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ untuk melihat dan membuat pra-tempahan.

Google ads
Back to top button