IMAGINASI LIAR LEPAS 23 TAHUN, HONDA S2000 TYPE R.
Honda S2000 merupakan satu-satunya projek luar biasa yang dihasilkan oleh Honda, kerana Honda memang berbangga dengan konfigurasi enjin depan pacuan roda depan. Honda S2000 direka dengan enjin depan, tapi semua kuasa dihantar ke roda belakang sama seperti moyangnya satu ketika dulu iaitu Honda S600
Ia dihasilkan dalam beberapa varian seperti roadster ataupun softop, tapi semuanya digandingkan dengan enjin 2000cc 4 silinder F20C yang menjana 247 kuasa kuda dan 218Nm tork bagi varian AP1.
Bagi varian AP2, enjin 2200cc 4 silinder diperkenalkan bagi menghasilkan 237 kuasa kuda dan 221Nm tork. Walaupun nampak hampir tiada perubahan kuasa, lejang silinder telah dipanjangkan bagi membolehkan enjin ini mencapai kuasa lebih awal berbanding dengan varian 2000cc
Beberapa varian istimewa diperkenalkan seperti Type V, Club Racer (berat dikurangkan), Type S, GT Varian dan juga Ultimate Edition. Tapi tiada satu pun varian Type R yang diperkenalkan secara rasmi oleh Honda sehinggalah pada hari ini oleh satu syarikat talaan khas berpengkalan di Amerika
Honda S2000R ini merupakan satu projek khas yang dihasilkan oleh satu syarikat luar yang tiada kaitan dengan Honda tapi memiliki banyak pengalaman dalam menala Honda S2000 dengan projek ini dinamakan sebagai Honda S2000R
Konsep rekaan ini difokuskan kepada beberapa poin utama seperti enjin yang lebih , penampilan luar yang lebih sporti, pengurangan berat cesi dan pengendalian yang lebih agresif.
Enjin aspirasi normal VTEC yang menkerit sehingga 9000 RPM terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada enjin 2000cc 4 silinder K20C1 turbo yang diculik dari Honda Civic FK8 Type R. Dalam keadaan standard, enjin ini menjana 320 kuasa kuda dan 420Nm tork
Ruangan enjin juga menerima rongga kemasukan udara Carbon Mugen, S2R intake Manifold, ekzos S2R Titanium, penyejuk minyak enjin S2R, Radiator Racing Koyo, transmisi 6 kelajuan manual S2R, serta S2R Giken LSD
Bahagian luaran Honda S2000R ini disudahkan dengan warna White Championship sama seperti yang digunakan oleh kebanyakan model Type R. Antara kemasan luar yang dinaiktaraf termasuklah bampar depan Honda 20th Anniversary, S2R carbon lip, S2R wide fender, S2R rear Wing, Spoon Aero Mirror, Dry Carbon Hood & Dry Carbon Lip
Bagi mengurangkan berat keseluruhan, beberapa panel badan dihasilkan daripada gentian karbon, kusyen Recaro karbon dan juga ekzos titanium. Bahagian dalaman diberikan kemasan alcantara terutama pada kemasan pintu dan papan pemuka
Roda steering pula dipilih daripada jenama Momo, paparan meter digital C127 Motec Motec Display, butang hon Honda NSX Type R manakala tombol gear manual pula diambil daripada Honda Civic Type R
Cesi dan sistem suspensi juga telah dinaiktaraf dengan menggunakan spring sport KW, sway bar Eibach, getah suspensi S2R, S2R Chassis braces, Brek Brembo 6 piston di depan dan brek Brembo 4 piston di belakang