Buletin

PROMOSI CNY FORD

Anda sudah lama berangan hendak memiliki kereta Ford? Baiklah. Sekarang adalah masa paling sesuai untuk membelinya kerana Ford Malaysia hari ini mengumumkan Promosi Tahun Baru Cina Ford (Promosi CNY Ford) bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma. 

SONY DSC

Berdasarkan kepada permintaan yang memberangsangkan, Ford telah melanjutkan pakej kadar faedah serendah 1.38% setahun yang menarik serta baucar beli-belah percuma kepada model-model terpilih dalam promosi ini.

SONY DSC

Promosi CNY Ford bermula sekarang hingga 28 Februari 2014. Ia melibatkan model Ford Fiesta Sport, Titanium dan Ford Focus Sport+, Titanium+. Sementara pelanggan yang membeli Ford Kuga juga akan  menerima baucar beli-belah percuma.

All-new Kuga

Bagi menambah ketenangan minda kepada pelanggannya, para pemilik model-model baharu Ford ini akan menikmati jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km serta Pelan Servis Lanjutan (ESP)2 Ford.

ESP Ford adalah program servis dan penyelenggaraan selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi penggantian alat ganti dan kos buruh secara percuma.

All-new Focus

Selain pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut merangkumi penggantian beberapa alat ganti lusuh terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan penggilap cermin.

Maklumat lanjut mengenai Ford CNY Promo, sila layari laman web: www.ford.net.my atau hubungi hotline khidmat pelanggan Ford di talian: 1800 38 3181

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button