Buletin

SIME DARBY AUTO CONNEXION (SDAC) ANJUR ACARA FORD INNER CIRLE. TAWAR FORD RANGER GETAWAYS UNTUK PELANGGAN

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan acara Ford Inner Circle yang pertama di negara ini, dengan menjemput pelanggan Ranger generasi baharu ke bilik pameran flagship Ford di Sime Darby Motors City di Ara Damansara.

Dengan sambutan Krismas bakal menjelang, acara berkenaan meraikan pelanggan serta keluarga. Selain memimpin pelanggan dalam bengkel penyesuaian kenderaan dan membantu mereka memahami dengan lebih mendalam berkenaan Ranger generasi baharu.

“Kami sangat berterima kasih kepada semua pelanggan setia atas kepercayaan yang berterusan. Dengan Ford Inner Circle, hasrat kami adalah untuk memberikan layanan lebih baik melalui pengalaman pelanggan secara lebih menyeluruh.

“Semua pelanggan Ranger, Raptor dan Everest generasi baharu akan dimasukkan secara automatik ke dalam lingkungan ini. Mereka akan menerima kelebihan eksklusif sebagai tambahan kepada sesi latihan mendalam untuk mengenali kenderaan dengan lebih baik,” kata SDAC dalam satu kenyataan.

Sesi itu direka untuk membantu mereka menguasai kelengkapan berteknologi tinggi dan ciri pintar lain supaya boleh memanfaatkan kemampuan penuh kenderaan Ford generasi baharu.

Pelanggan Ford Ranger dan Raptor juga akan menerima kad istimewa bagi membolehkan mereka menikmati potongan harga 30 peratus untuk Ford Ranger Getaways yang pertama.

Ford Ranger Getaways terbuka kepada semua pemilik Ranger dan Raptor. Ia merangkumi pelbagai kategori minat serta melibatkan pelanggan daripada semua peringkat yang inginkan kembara pendek setempat, secara bersendiri, keluarga atau bersama rakan-rakan.

Semua kembara telah dirancangkan dengan teliti untuk memberikan kepelbagaian penggunaan dan kemampuan Ford Ranger sama ada dari sesi dalam bandar yang menyeronokkan hinggalah kepada cabaran off-road, atau jelajah cari makan, bahkan, menjadi juruterbang dalam sehari mengelilingi KLCC.

Semua acara ini tersedia dalam jadual yang boleh ditempah serta dinikmati oleh pelanggan Ranger dan Raptor. Turut disediakan ialah latihan pemanduan off-road berjadual di M4TREC.

Sejak dilancarkan pada awal tahun ini, SDAC menambah beberapa lagi lokasi percutian baru, termasuk ke Tabin Wildlife Safari Adventure dan tiga percutian ke pulau yang menakjubkan.

Pelanggan boleh melihat senarai lengkap percutian dari Januari hingga Jun 2023 Ford Ranger Getaways di laman web SDAC-Ford. Mereka boleh menempah tempat untuk Ford Ranger Getaways secara dalam talian melalui platform e-dagang SDAC-Ford.

Pengesahan akan dihantar melalui emel sebaik sahaja tempahan diproses. Maklumat lanjut tentang Ford Inner Circle, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter serta saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my

Google ads
Back to top button