Artikel Pilihan

SERLAHKAN LAGAKMU DENGAN GARAJ BUGATTI – PAKIR ALZA PUN NGAM KAT DALAM NI

Jika anda seorang pemilik Bugatti dengan limpahan wang dan sedang tercari-cari apa lagi yang nak dibeli hujung tahun ni mungkin ini rezeki anda. Bugatti telah bergabung dengan Fahrengold dan berjaya menghasilkan Bugatti Edition FG-01 Garage. Ya, ia adalah garaj super mewah yang kelihatan seperti kotak pameran di muzium. Inilah gajet khas untuk mereka yang ingin mencapai tahap menunjuk-nunjuk yang lebih tinggi.

Ia mempunyai ukuran 6147mm panjang dan 3658mm lebar. FG-01 dihasilkan daripada kerangka logam bergalvani, panel aluminium berwarna dan cermin keselamatan khas. Pintu masuk berkuasanya menampilkan logo EB yang bercahaya.

Bahagian dalam garaj ini mempunyai ruang pameran yang sofistikated dengan lampu latar LED dan almari pameran dibalut kulit. Ia sesuai untuk menjadi tempat letak barangan koleksi pemilik selain helmet dan plak khas untuk kereta pemilik.

Menjadikan ia lebih mewah ialah kawalan suhu dan kelembapan bina dalam selain kamera keselamatan, pengesan asap dan pengesan jika kaca dipecahkan.

Garaj ini sebenarnya merupakan produk pasang siap dengan cantuman 2500 komponen dan memakan masa lapan hari untuk disiapkan. Harga tak payah cerita la seba ini barang tempahan khas mengikut cita rasa pemilik. Kalau tanya harga sah-sah tak mampu punya.

Bagi mereka yang tidak mempunyai ruang yang besar untuk garaj kotak hiasan ni anda boleh memilih Bugatti Edition Carpad. Ia seperti pelapik tetikus komputer yang besar khas untuk Bugatti anda. Dihasilkan daripada serat karbon dan kerangka aluminium, ia memang kelihatan cukup futuristik sistem pencahayaan LED.

Harga? Macam biasa kalau korang buat panggilan ke Bugatti dan bertanyakan harga secara automatik diorang akan tahu yang korang memang tak mampu memilikinya. Macam kami jugak.

Google ads
"
"
Back to top button