
PROTON e.MAS 7 TERIMA 5,500 TEMPAHAN, SERAH LEBIH 1,800 UNIT KEPADA PELANGGAN
Proton e.MAS 7 kini mengukuhkan kedudukannya sebagai Kenderaan Elektrik No. 1 di Malaysia, mengekalkan prestasinya sejak Januari 2025.
Dengan lebih 5,500 tempahan diterima dan lebih 1,800 unit sudah diserahkan, e.MAS 7 bukan hanya memimpin pasaran, tetapi juga menjadi simbol kebanggaan baharu dalam industri automotif negara.
Sejak pelancarannya, e.MAS 7 telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia dengan gabungan ciri-ciri praktikal, teknologi terkini, dan harga yang berbaloi.
Baru-baru ini, semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Proton e.MAS Pioneers, pemilik Proton e.MAS 7 berkongsi kegembiraan mereka memiliki kenderaan elektrik Proton.

Antara sebab utama yang disebut adalah keselesaan ruang dalaman yang luas, ruang but yang besar, serta ciri keselamatan canggih.
Selain itu, keyakinan terhadap jenama Proton dan komitmennya terhadap kualiti turut menjadi faktor utama dalam keputusan pembelian. Banyak pemilik turut menyatakan rasa bangga mereka memiliki e.MAS 7, sebagai lambang kejayaan teknologi tempatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, “Kejayaan e.MAS 7 membuktikan bahawa gabungan kepakaran global dalam kenderaan elektrik dan pemahaman mendalam terhadap keperluan lokal mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.”
“Kami telah memperkenalkan sebuah kenderaan yang memenuhi keperluan pemandu di Malaysia dan sesuai untuk kegunaan harian.”
Proton e.MAS 7 hadir dengan harga bermula RM105,800 untuk varian Prime dan RM119,800 untuk varian Premium.
Ia menawarkan nilai yang luar biasa dengan spesifikasi terbaik dalam kelasnya. Kini, e.MAS 7 boleh didapati di 31 cawangan Proton e.MAS di seluruh negara, dengan lebih banyak lokasi dijangka akan dibuka sepanjang tahun ini.