
SYM MMBCU 150 SAH MASUK MALAYSIA TAHUN INI – BAWAH RM9K
Ramai sedia maklum bahawa MForce Bike Holdings akan memperluas tawaran motosikal SYM di Malaysia menerusi SYM ADXTG 400.

Bagaimanapun, ketika kami ke Taiwan bagi melawat kilang Sanyang Motor (SYM), kami turut berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat sebuah lagi model yang akan masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi menerusi SYM MMBCU 150.

Dikenali sebagai Naga 150 di Vietnam, motosikal jenis skuter itu dipacu enjin sama yang terdapat pada Husky ADV 150. Ini bermakna, 14.2hp dan 13Nm terhasil dari unit satu silinder 149.6cc tersebut. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi CVT.

Sementara itu, ketika Husky ADV 150 hadir dengan gaya adventure, MMBCU 150 pula berkonsepkan skuter urban sekaligus menawarkan rupa bentuk yang lebih tajam dan moden.
Antara ciri yang ditawarkans secara standard termasuk ABS dan traction control yang boleh dipadamkan. Pakej brek merangkumi cakera brek depan dan belakang.

Perincian lain termasuk pencahayaan LED, panel meter digital LCD, pengecas USB serta tangki bahan api berkapasiti 7.3L.
GALERI: SYM MMBCU 150

















