Buletin

CHERY LIFE: GAYA HIDUP BAHARU, MOBILITI PINTAR

Dalam era baharu automotif yang semakin pintar dan bersepadu dengan gaya hidup, hubungan antara manusia dan kenderaan kini berubah secara menyeluruh.

Auto Shanghai 2025 menjadi pentas pelancaran Chery Life — sebuah pengalaman imersif generasi baharu yang menawarkan pandangan awal terhadap mobiliti pintar, lestari dan berhubung.

Melangkaui fungsi asas sebagai alat pengangkutan, Chery Life mengetengahkan teknologi hibrid terkini, ekosistem AI yang mesra pengguna, serta rekaan ruang dalaman yang disesuaikan dengan gaya hidup seharian.

Tumpuan utama pameran ini ialah Chery Super Hybrid (CSH) — platform teknologi hibrid eksklusif keluaran Chery.

Hasil penyelidikan dan pembangunan selama lebih 20 tahun melibatkan 8 pusat R&D global, lebih 300 makmal canggih dan kira-kira 30,000 profesional, CSH mewakili lonjakan besar dalam prestasi, kecekapan serta ketenangan minda pengguna.

Antara sorotan utama platform ini:

  • Enjin Hibrid Generasi Kelima yang mencatat kecekapan terma melebihi 44.5% — penanda aras baharu industri global.
  • DHT Elektrik Hibrid Tanpa Gear yang memberikan pecutan mantap dan lancar (0–100 km/j dalam 4.26 saat).
  • Sistem Bateri Berprestasi Tinggi yang berfungsi dalam suhu ekstrem dari -35°C hingga 60°C merentasi sembilan mod operasi.
  • Sistem Perlindungan Bateri Guardian yang menawarkan tahap keselamatan tertinggi, khususnya untuk perjalanan jarak jauh dan beban berat.

Gabungan prestasi tinggi, kecekapan unggul dan keselamatan kelas dunia menjadikan CSH satu kuasa baharu dalam pasaran hibrid global.

Kuasa Kepelbagaian: Barisan Model Serba Lengkap

Selain itu, Auto Shanghai 2025 bakal menyaksikan penampilan penuh model-model yang dilengkapi CSH, termasuk barisan popular TIGGO 7, TIGGO 8 dan TIGGO 9.

Direka untuk memenuhi pelbagai keperluan, dari pemanduan harian ke pengembaraan hujung minggu, model-model ini terbukti serba boleh.

Buktinya, pada Oktober lalu, model TIGGO 9 PHEV dan ARRIZO 8 PHEV berjaya menamatkan ujian pemanduan sejauh 1,700 km merentas China, dari Guangzhou ke Gunung Longhu dan Tasik Poyang.

Pengguna global terpilih yang menyertai ekspedisi ini memberikan pujian terhadap kecekapan tenaga, julat perjalanan dan pengalaman pemanduan.

Inovasi Gaya Hidup: Kenderaan Jadi Ruang Hidup Pintar

Lebih dari sekadar mempamerkan kereta, Chery Life memperlihatkan ekosistem lengkap termasuk:

  • Stesen pengecasan pintar untuk di rumah dan awam, termasuk penggunaan kad untuk kemudahan maksimum.
  • Aksesori mesra aktiviti luar dan susun atur modular, menjadikan SUV Chery sesuai dijadikan ‘rumah bergerak’.

Rekaan kokpit pintar Chery pula dibina dengan konsep fleksibiliti ruang yang mampu berubah mengikut keperluan sama ada untuk perjalanan dalam bandar, kembara jauh mahupun bersantai di alam semula jadi.

AI Interaktif & Teman Robotik: Hiburan dan Bantuan Teknologi Tinggi

Bukan itu sahaja, Chery turut memperkenalkan AiMOGA – robot AI hasil pembangunan dalaman, bersama anjing robotik yang mampu menari, menyambut pengunjung dan bermain interaktif.

Kedua-duanya berfungsi bukan sahaja sebagai hiburan, malah juga sebagai pembantu membeli-belah berasaskan AI, membawa pengunjung menyelusuri pengalaman teknologi dengan sentuhan peribadi.

Pendekatan ini mencerminkan falsafah jenama Chery: teknologi dengan jiwa, inovasi yang beremosi.

Dengan nilai teras berteraskan kekeluargaan, keselesaan dan inovasi berterusan, Chery Life bukan sekadar pameran, ia adalah pelan tindakan masa depan mobiliti.

Google ads
Back to top button