Artikel PilihanBuletin

PROTON ERTIGA, EH TUNGGU. SUZUKI ERTIGA, EH BUKAN. INI MAZDA VX-1

Tepat jam 12 malam ini kami akan siarkan artikel pandu uji Proton Ertiga. Seperti yang kami jangka dalam ruangan komen nanti, mungkin ramai yang akan persoalkan “kenapa Proton asyik rebadge je?” jadi kami akan tunjukkan kepada anda jalan yang benar. Apa yang berlaku dalam industri semasa. Ini adalah Mazda VX-1, kembar Suzuki Ertiga yang dijual di pasaran Indonesia. Adakah Mazda berdosa sebab rebadge Suzuki Ertiga? Adakah Mazda tak mampu untuk buat MPV mereka sendiri? Adakah Proton tak mampu buat MPV sendiri dan ikut langkah sama rebadge Ertiga? Adakah Abang Japar masuk hospital dah 2 hari tak datang ofis? mazda-vx-1-1 Bukan begitu. Mazda memiliki 3 rangkaian MPV yang mereka bina sendiri, Biante, Mazda 5 dan Mazda 8. Ketiga-tiga MPV ini dibangunkan di Jepun dengan mengikut peraturan ketat. Sudah tentu, ia mahal untuk dijual di pasaran luar Jepun yang tak memerlukan banyak homolagasi rumit. BACA – SPYSHOT PROTON ERTIGA BACA – SEDANG MENCARI MPV? TUNGGU DULU MPV Mazda ada di setiap segmen tetapi tidak ada dalam segmen kompak-ekonomi MPV-B seperti Ertiga. Justeru, mengadakan kerjasama dengan Suzuki dengan melabelkan semula Ertiga adalah langkah yang paling tepat dari sudut perniagaan. mazda-vx-1-4 Ia berkaitan dengan skala ekonomi. Mazda tidak akan untung kalau bangunkan sebuah MPV kelas B secara bersendirian. Apatah lagi dalam pasaran yang cukup sengit seperti Indonesia. Ia pasaran MPV yang semua pengeluar tak mahu lepaskan. Daihatsu dan Toyota juga menjual Avanza dan Daihatsu menjual Xenia – dua MPV yang sama. Mazda VX-1 ini adalah sama seperti spesifikasi Suzuki Ertiga dan Proton Ertiga. Dikuasakan enjin K14B 1.4 liter dan dengan kemasan yang sama. Ia merupakan kerjasama menang-menang antara Suzuki dan Mazda. Suzuki dapat luaskan pasaran dan Mazda jimatkan kos pembangunan model baru.

Google ads
Back to top button