
KOMPUTER RIBA PALING NIPIS DI DUNIA – ACER SWIFT 7, RM4,999
Acer baru-baru ini memperkenalkan Swift 7 yang merupakan komputer riba pertama di dunia yang hanya setebal kurang satu sentimeter (hanya 9.98mm) dengan berat cuma 1.1kg.
Rekaannya memiliki keseimbangan terbaik di antara bentuk yang super nipis dan kefungsian dengan aspek kebolehoperasian sebuah komputer riba. Swift 7 turut dinamakan sebagai “Honoree” dalam kategori Perkakasan dan Komponen Komputer pada acara anugerah Inovasi CES 2017 baru-baru ini.
Reka bentuk unibody aluminium sepenuhnya dengan tona hitam-emas memberikan Swift 7 penampilan luaran yang elegan. Sementara Corning® Gorilla® yang tahan lasak itu menawarkan perlindungan kalis calar ke atas paparan HD penuh IPS bersaiz 13.3 inci. Dilengkapi satu webcam HD dengan sokongan pengimejan HDR (High Dynamic Range), gambar akan kelihatan lebih jelas, terang dan terperinci.
Terangkum di dalam badan Swift 7 ialah 256GB SSD, memori sebesar 8GB dan pemproses Intel® CoreTM i5 Generasi ke-7 (Kaby Lake) yang pantas demi menawarkan prestasi terbaik. Acer juga menyediakan bateri yang mampu bertahan sehingga 9 jam. Sekali gus membolehkan pengguna untuk menyiapkan lebih banyak kerja, tanpa perlu membawa pengecas.
Swift 7 dilengkapi teknologi tanpa wayar 2×2 802.11ac dengan MU-MIMO untuk menawarkan ketersambungan sehingga tiga kali lebih pantas. Pengguna juga boleh menikmati pemindahan data yang pentas, sambungan ke paparan luaran dan mengecas komputer riba menggunakan port USB 3.1 Type-C.
Dengan Dolby Audio™ Premium dan Acer TrueHarmony™ bekerja secara serentak, bersedialah untuk menikmati bunyi bunyi keliling maya yang jelas dan padu. Ciri Skype for Business Certification yang ada padanya menjanjikan kemampuan komunikasi yang jelas dan pantas, di mana pengesanan perbualan adalah lebih efektif, tepat bersama audio serta visual berkualiti tinggi tanpa sebarang sela, jeda atau gema.
Swift 7 didatangkan dengan pad sentuhan ekstra besar yang tepat, Sama ada menggunakan empat, tiga atau dua jari, gestur jari anda boleh muat dengan sempurna.
Pelanggan yang membeli Swift 7 akan menikmati Servis Jaminan Premium. Ia merangkumi sistem pemeriksaan kesihatan dan pembersihan percuma, pemulangan pembaikan pada hari bekerja berikutnya dan kaunter servis khas yang diselia oleh juruteknik sepanjang tempoh jaminan tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
Ditawarkan pada harga RM4,999 seunit, Swift 7 boleh ditempah sekarang di laman web 11street Malaysia (www.11street.my) dan dijual di semua penjual sah Acer di seluruh negara mulai 23 November 2016.
Acer Swift 3 tampil dengan warna baru
Selain Swift 7, Acer Malaysia turut memperkenalkan warna baru untuk komputer riba Swift 3 yang telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia bulan lalu. Warna emas (Luxury Gold) menambah sentuhan kemewahan kepada komputer riba ini.
Dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM i5 Generasi ke-6, Swift 3 hadir dengan ciri Acer Fingerprint Reader yang digabungkan bersama Windows Hello untuk menawarkan cara yang efisien, mudah dan selamat buat pengguna ketika mengakses akaun Windows.
Ia turut didatangkan dengan teknologi 2×2 MU-MIMO 802.11ac dan 256GB SSD yang pantas. Swift 3 menawarkan kapasiti memori sehingga 4GB dan menawarkan prestasi mantap dalam satu pakej yang kecil.
Boleh dibeli mulai sekarang di penjual sah Acer terpilih di seluruh negara, Acer Swift 3 ditawarkan pada harga RM2,899 seunit.