![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Kia-Military-Mekanika4.jpg)
KENDERAAN TENTERA MILIK KIA. CERITA BOHONG KE BENAR NI?
Pengeluar kereta dari Korea Selatan, Kia ini mungkin pada anggapan kita adalah sebuah pengeluar kenderaan penumpang yang handal serta kenderaan komersial (lori pikap) jenis runcit – runcit sahaja. Tapi tahukah anda semua bahawa Kia juga sebenarnya adalah pengeluar kenderaan untuk tentera?
Sedikit sejarah untuk diungkap, pembuatan kenderaan tentera ini asalnya dimiliki oleh Asia Motors, pengeluar kenderaan dari Korea Selatan semenjak dari tahun 1965 lagi. Kemudiannya atas beberapa faktor polisi kerajaan, Kia telah menjadi pemilik kepada Asia Motors ini bermula tahun 1976 sebelum jenama ini dilenyapkan sepenuhnya pada tahun 1999 dan terus dijelmakan sebagai Kia. Jom baca kenderaan tentera apakah yang Kia ini keluarkan sebenarnya.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Kia-Military-Mekanika3.jpg)
KLTV Series – Multi Purpose Vehicles
Kia membangunkan Kenderaan Taktikal Ringan dengan mobiliti hebat dan kebolehmandirian tinggi yang paling sesuai dengan persekitaran pertempuran yang berubah dan operasi taktikal yang cekap berdasarkan teknologi dan infrastruktur untuk kenderaan komersial dan juga tentera.
KLTV151 ini menggunakan enjin diesel dengan kuasa 225 kuasa kuda yang sudah pastinya mampu menjimatkan bahan bakar sewaktu berada lama di meden tempur. Selain daripada kotak gear auto lapan kelajuan, ianya turut dilengkapi dengan sistem AWD serta sistem suspensi tersendiri yang mampu menghadapi apa juga bentuk muka bumi.
Oh ya sebagai kenderaan tentera sudah tentu ianya kalis peluru serta mempunyai tayar istimewa yang membolehkan ianya kekal bergerak tanpa masalah sekiranya ditembak musuh.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Kia-Military-Mekanika5.jpg)
KM450 Series – Cargo Truck
Ini juga merupakan sebuah Kenderaan Taktikal Ringan awal mereka juga dengan keupayaan mobility yang hebat Berupakan reka bentuk klasik, ianya hanya dilengkapi dengan enjin diesel dengan kuasa 139 kuasa kuda dan didatangkan dengan kotak gear manual lima kelajuan.
Bahagian atas lembut boleh tanggal di atas kabin, dan kain terpal kalis air (sokongan) di atas dek belakang serta berkebolehan cermin hadapan dilipat untuk meningkatkan fleksibiliti di medan perang.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Kia-Military-Mekanika2.jpg)
5Ton Bulletproof Vehicle
Kenderaan 5Ton Bulletproof ini dibangunkan secara bebas dan menyediakan pergerakan pantas dan perlindungan nyawa yang diperkukuh untuk unit infantri. Kenderaan ini boleh digunakan sebagai pengangkut atau konvoi bekalan besar-besaran.
Ia dibangunkan dengan konsep keliatan dan kehebatan yang boleh menghalang kuasa musuh, reka bentuk praktikal struktur pepenjuru yang meningkatkan prestasi kalis peluru, dan penutup jenis kabin yang meningkatkan kebolehselenggaraan.
Kenderaan ini menggunakan enjin diesel dengan kuasa 330 kuasa kuda serta digandingkan dengan kotak gear auto. Dan untuk membantu kelancaran pemanduan di dalam hutan belantara, ianya turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (6×6).
Dan mereka masih ada lagi beberapa siri kenderaan tentera yang dikeluarkan sama ada untuk kegunaan Korea Selatan sendiri atau pun digunakan oleh negara luar.
BACA : INILAH SEBAB UTAMA KENAPA PIHAK TENTERA BELUM BERMINAT DENGAN REVOLUSI EV – BUAT MASA SEKARANG
BACA : GM DEFENSE TANDATANGAN MOU BANGUNKAN KENDERAAN TENTERA UAE