Buletin

PROTON SERVIS DIBUKA 7 HARI SEMINGGU, POTONGAN HARGA ALATGANTI SEHINGGA 30%

Sejak melancarkan kempen operasi 7 hari di pusat servis Proton pada tahun lalu, ia mendapat sambutan yang luarbiasa. Kempen ini memberi banyak kelebihan pada pelanggan yang memiliki jadual ketat pada hari bekerja. Tidak lagi perlu mengambil cuti semata-mata untuk menghantar kereta untuk diservis.

Sewaktu kempen ini mula dijalankan, ia menawarkan perkhidmatan sehingga jam 12 tengahari. Namun sekarang, pusat servis terpilih telah memanjangkan operasi mereka sehingga jam 5 petang. Lebih penting lagi, pelanggan juga boleh menuntut waranti pada waktu ini, sebelum ini tuntutan waranti hanya boleh dilakukan pada hari bekerja.

PUSAT SERVIS PROTON BUKA 7 HARI SEMINGGU

Bermula 6 Ogos, sebanyak 9 pusat servis akan menawarkan perkhidmatan 7 hari seminggu termasuk tuntutan jaminan. Ianya terletak di Plentong, Johor Bahru; Peringgit, Melaka; Senawang, Seremban, Negeri Sembilan; Temerloh, Pahang; Alor Setar, Kedah; Jalan Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Perak; Juru, Seberang Prai, Penang; Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan Centre of Excellence di Shah Alam, Selangor.

Pada 1 Oktober 2016, 14 lagi pusat servis bakal sertai operasi ini dan menjelang 1 Disember, 4 lagi pusat servis ditambah. Kesemua pusat servis ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang, 7 hari seminggu, namun pelanggan dinasihatkan membuat temujanji terlebih dahulu walaupun boleh menerima pelanggan yang datang secara walk-in.

Proton-Perdana-2016-mekanika (3)

Outlet ini dipilih berdasarkan kekerapan permintaan yang tinggi dan dijangka akan terus memastikan produk Proton dapat diselenggara secara optimum. Bermula 1 Ogos lepas, Proton telah mengkaji semula harga peralatan menjadi lebih kompetitif. Alatganti seperti turbo, ECU dan kit transmisi telah disemak semula dengan potongan dari 12% hingga 30%.

Ini bukanlah kempen baru. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Proton dalam usaha meningkatkan efektif khidmat selepas jualan mereka. Ianya lebih agresif sejak pelancaran kempen besar-besaran Its In The Drive dengan harapan memperbaiki aspek servis jualan.

Proton juga menawarkan khidmat ambil dan hantar kereta pelanggan dalam radius tertentu pusat servis. Selain itu, terdapat khidmat Mobile Assist pasukan pembaikan yang bersedia untuk pembaikan segera.

 

Google ads
Back to top button