Buletin

FERRARI LANCAR 296 GTB. MODEL HIBRID BERKUASA 830HP, HARGA BERMULA RM1.3 JUTA

Ferrari memperkenalkan model pulg-in hybrid terbaharu, 296 GTB dalam usahanya untuk kekal relevan dalam era kenderaan elektrik. 

296 GTB merupakan model hibrid ketiga Ferrari yang diproduksi selepas jentera edisi terhad SF 90 Tradale yang dilancarkan pada tahun 2019 dan versi convertoble SF90 Spider tahun lalu. 

Ketua Pemasaran dan Komersial Ferrari, Enrico Galliera menyatakan bahawa 296 GTB akan mencipta satu segmen baharu. 

“Jika SF 890 direka untuk mencapai prestasi puncak, model ini pula dihasil untuk memberi keseronokan memandu. Kami jangka ia akan dapat menarik minat pelanggan yang masih belum memiliki sebuah Ferrari,” katanya. 

Jentera dua tempat duduk itu ditawarkan pada harga bermula AS$321,000 (RM1.3 juta) dan RM1.5 juta untuk versi berprestasi tinggi, Assetto Fiorano. Kereta itu didakwa mampu memecut pada kelajuan lebih 330km/j. 

296 GTB dipasang dengan enjin turbo V6 yang apabila digabungkan bersama motor elektrik 122kW, ia mampu menjana kuasa sehingga 830hp. Sama seperti model SF90 Stradale, ia boleh bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 25km. 

Pengeluar kereta dari Itali itu komited untuk menawarkan model elektrik pertamanya pada tahun 2025. Ferrari dan pesaingnya seperti Lamborghini kini sedang mencari jalan bagaimana untuk menukar kereta yang dilengkapi enjin berkuasa tinggi mereka dengan rangkaian kuasa elektrik.

Untuk tujuan itu, Ferrari telah melantik veteran berpengalaman, Benedetto Vigna sebagai Ketua Eksekutif yang baru. Penyerahan pertama 296 GTB dijangka bermula tahun 2022. 

GALERI

Google ads
Back to top button