
PROTOTAIP TESLA CYBERTRUCK DIKESAN DI LEBUH RAYA CALIFORNIA
Tular di Twitter baru-baru ini apabila dua prototaip Tesla Cybertruck dikesan berada pada treler pembawa kenderaan di lebuh raya di California.
Dengan kemunculan prototaip berkenaan, ia menguatkan kenyataan bahawa Tesla bakal membawa lebih banyak model prototaip untuk diuji di kilang Fremont.
Untuk rekod, dalam tempoh seminggu, foto tular itu adalah kali kedua ia dikesan oleh pengguna jalan raya lain.

Terdahulu, model prototaip Cybertruck Tesla dilihat berada di atas treler berhampiran Montain View California.
Tidak hanya di California, prototaip Cybertruck Tesla juga dikesan di Southern Hemisphere Proving Grounds (SHPG), New Zealand, dikatakan bakal memulakan penghantaran suku ketiga tahun ini.
Laporan terbaru mendedahkan Tesla merangka strategi untuk menghasilkan 375,000 Cybertruck setiap tahun.
Walau bagaimanapun, kita hanya perlu menunggu pendedahan rasmi dilakukan untuk mengetahui perincian serta spesifikasi Cybertruck Tesla baharu itu.
- BACA: GIGA LAB BAHARU TESLA MAMPU BINA EV DALAM MASA 45 SAAT – “TIADA APA YANG MUSTAHIL,” KATA ELON MUSK
- BACA: TESLA MODEL S PLAID TRACK PACK, CATAT MASA TERPANTAS DI NURBURGRING
- BACA: LAMBORGHINI DAN MCLAREN CEROBOH STESEN SUPERCHARGER TESLA – SAMAN JE HABIS CERITA
- BACA: VIDEO ISI MINYAK TULAR, PEMANDU TESLA MODEL Y BERI PENJELASAN









