Artikel Pilihan

LAMBORGHINI DAN MCLAREN CEROBOH STESEN SUPERCHARGER TESLA – SAMAN JE HABIS CERITA

Dua buah supercar baru-baru ini dilihat membolot petak pakir stesen pengecas Tesla membuatkan seorang pemilik Tesla tidak berpuas hati. Memang logik la kan dia tak puas hati?

Sebuah McLaren 765LT dan sebuah Lamborghini Aventador SVJ dilihat elok terpakir dalam petak cas semula Tesla di Runaway Bay, Gold Coast, Australia pada 28 Mei. Stesen tersebut baharu sahaja dibuka dua minggu sebelumnya untuk kemudahan pemilik-pemilik Tesla mengecas semula kenderaan mereka.

Pemilik Tesla yang mengambil gambar kedua kenderaan tersebut sempat bercakap dengan pemilik-pemilik supercar terbabit dan mereka memberi alasan tidak tahu petak tersebut khusus untuk kenderaan EV sahaja. Nampak macam alasan bodoh kan? Tapi sebenarnya memang tak ada apa-apa pemberitahuan pun yang petak tersebut hanya untuk kenderaan EV.

Petunjuk yang ada hanyalah tulisan ‘Tesla Charging’ pada bahagian pengecas. Kalau kat negara kita ataupun sebahagian besar tempat lain petak pengecas ini biasanya diwarnakan dengan warna terang ataupun tulis la besar-besar ‘EV Only’. Tapi sebenarnya tu pun ada lagi yang main langgar je kalau di Malaysia ni.

Tak sangka pula kat Australia pun ada juga mentaliti macam ni. Ke pakai kereta untuk tarik downline ni?

Sebenarnya undang-undang di sana cukup tegas dan pemilik yang membolot petak pengecasan EV boleh disaman sehingga AUD2,875 (RM8684)! Mak aih, boleh habis sebulan gaji cikgu macam ni. Tapi sudah tentulah anda perlu memanggil polis supaya datang menyaman kenderaan yang bersalah.

Kalau setakat ambik gambar lepas tu muatnaik kat media sosial bolehlah setakat nak membawang ramai-ramai. Pemilik Lambo dan McLaren tu satu sen pun tak rugi.

Google ads
Back to top button