Artikel Pilihan

ELEANOR SEDIA MENJADI MILIK ANDA DENGAN HANTARAN USD500000

Eleanor bukannya seorang wanita tetapi adalah nama gelaran yang diberikan kepada Ford Mustang Shelby GT500 yang merupakan bintang utama filem Gone in 60 Seconds. Ramai yang dah tahu pun kan? Jadi kami bukan nak ulas pasal sejarah filem ini tetapi lebih kepada ‘Eleanor’ yang menjadi bintang filem keluaran tahun 2000, versi lakonan Nicholas Cage.

Eleanor yang dipaparkan di sini bukannya model replika yang biasa kita temui dalam internet tetapi adalah model sebenar yang digunakan dalam set penggambaran flem tersebut. Original punya Eleanor ni deh.

Semasa penggambaran, sebelas unit Mustang Eleanor telah dihasilkan oleh Cinema Vehicles Services, Steve Stanford dan Chip Foose. Yan Chip Foose pun terlibat sekali. Selepas penggambaran dikatakan hanya 3 unit sahaja berfungsi sepenuhnya dan ini adalah salah satu dari tiga unit tersebut.

Kini kereta tersebut berada di ruang pameran Al Ain Class Motor dan sedia untuk dijual kepada sesiapa yang sanggup membayar. Tidak banyak maklumat tentang kereta ini disenaraikan contohnya ia digunakan untuk babak yang mana satu.

Dengan tanda harga yang mencecah USD500,000 (RM2,131,250.00) ternyata ia bukannya model yang calang-calang. Mahal ke? Tak jugak, sebab awal tahun lalu, sebuah lagi Eleanor telah berjaya dijual dengan harga USD852,500 dalam satu acara lelongan. Itu dah bersamaan dengan RM3.6 juta.

Malah kereta ini lebih istimewa kerana ia mempunyai tandantang Carroll Shelby pada bahagian papan pemuka. Kereta sebelum ini mana ada. Jika ini kereta yang sama seperti dalam filem, ia tentu sekali menggunakan enjin V8 351 dengan intake Edelbrock dan sistem Nos. Ia dikatakan mampu menghasilkan 641 hp kuasa dan mempunyai bacaan 1,609 km pada meter perbatuan.

Google ads
Back to top button