Modifikasi

PULSE PERFORMANCE BINA ENJIN ROTARI 6 ROTOR. 3900cc & 820 KUASA KUDA

Enjin rotari merupakan enjin yang paling pelik dan berani yang pernah dihasilkan oleh Mazda biarpun enjin ini bukanlah dicipta oleh Mazda. Walaupun sudah lama dihentikan pengeluarannya, enjin rotari ini tetap ada peminatnta yang tersendiri.

Terkini, enjin ini menarik minat sebuah syarikat modifikasi untuk menala enjin rotari Mazda yang dinamakan sebagai Pulse Performance yang berasal daripada negara New Zealand. Untuk pengetahuan pembaca, Mazda pernah menghasilkan enjin prototaip 4 rotor dinamakan sebagai 26B. 26 membawa maksud sesaran enjin mencecah 2600cc daripada 4 rotor

Chevrolet juga pernah mengasilkan enjin prototaip 4 rotor yang dipasang pada model Corvette pada tahun 1973. Tapi Pulse Performance telah membina enjin rotari yang kedengaran agak gila iaiut 6 motor dengan sesaran 3900cc.

Apabila dipasang lengkap dengan turbo, enjin ini berupaya menjana sehingga 820 kuasa kuda apabila menggunakan petrol biasa yang dijual di stesen minyak. Enjin yang dibina oleh Pulse Performance ini menggunakan 3 unit enjin 13B dimana setiap unit memiliki 2 rotor. Namun kuasa yang dihasilkan adalah melebihi enjin piston 3900cc yang biasa

Namun bercakap adalah senang kerana ntuk merealisasikan projek ini adalah agak sukar. Disebabkan ada beberapa komponen sukar didapati, banyak komponen dihasilkan dengan menggunakan kaedah machining dan CNC. Ia adalah proses yang mahal disebabkan penggunaan mesin dan operator yang berkemahiran tinggi

Tapi jika anda berminat, anda boleh membeli enjin ini secara lengkap bagi kegunaan anda dengan harga RM 192,351 sahaja. Anda akan mendapat enjin, ECU dan sensor bagi membolehkannya dipandu di atas jalan raya serta berupaya untuk ditala semula mengikut citarasa anda.

Malah enjin ini akan datang dengan rongga kemasukan custom, ekzos custom, pam bahan api, sistem suntikan bahan api, unit pengawal bahan api, sistem pendawaian dan pam minyak pelincir. Tapi pastikan jentera yang bakal dipasang dengan enjin ini cukup besar

Ini kerana enjin 6 rotor yang disusun ini boleh menjangkau panjang sehingga 5 kaki atau 1.5 meter. Sebagai perbandingan enjin berkuasa tinggi yang dihasilkan oleh General Motor memiliki panjang dalam 2 kaki setengah. Pastikan anda tahu ukuran dan bagaimana untuk meletakkan enjin ini dengan sesuai pada jentera anda

Mazda tidak lagi menghasilkan enjin rotari disebabkan isu yang biasa dihadapi seperti penggunaan minyak pelincir bagi memastikan komponen apex seal beroperasi dengan sempurna. Buat masa ini enjin rotari akan kembali semula pada kenderaan Mazda, tapi bertindak sebagai generator range extender untuk kereta hibrid elektrik

Anda boleh lihat enjin ini diuji di pautan INI

Google ads
Back to top button