![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/11/batch_Mitsubishi-Motors-new-showroom-in-Kluang-KM-Lim-Auto-Sdn-Bhd.jpg)
PUSAT 3S MITSUBISHI MOTORS RASMI DIBUKA DI KLUANG
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) bekerjasama dengan K.M. Lim Auto Sdn. Bhd. untuk membuka pusat 3S baharu di Kluang baru-baru ini.
Ini merupakan pusat 3S Mitsubishi yang ketujuh di Johor. Terletak di No. 39, Jalan Tasik Indah 1/1, Taman Tasik Indah, 86000 Kluang, Johor, bilik pameran itu mudah diakses kerana lokasinya terletak di jalan utama berhadapan dengan Sierra Heights.
Lot kedai dua tingkat dengan kawasan binaan seluas 10,000 kaki persegi, pusat 3S itu mempunyai pelbagai kemudahan seperti ruang istirahat pelanggan, wifi percuma dan sudut untuk kanak-kanak.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/11/batch_Handing-over-a-brand-new-Mitsubishi-Triton-to-a-proud-owner-during-the-showroom-launch-event.jpg)
“Melalui langkah strategik ini, matlamat kami adalah untuk menjangkau lokasi yang belum diterokai serta melanjutkan jualan dan perkhidmatan. Kami ingin memastikan pelanggan mempunyai liputan serta kebolehcapaian lebih luas.
“K.M. Lim Auto telah berkecimpung dalam perniagaan automotif sejak 1986 serta sangat berpengalaman dalam perniagaan. Kami sangat mengalu-alukan mereka dan yakin bilik pameran baharu ini akan meningkatkan lagi kebolehpercayaan jenama Mitsubishi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda.
K.M. Lim dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 7.00 malam, Sabtu 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Manakala pada Ahad, ia akan dibuka dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang.