Buletin

PUSAT 3S KIA GLENMARIE KINI RASMI DIBUKA

Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., pengedar tunggal kenderaan jenama Kia di Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan pusat 3S utamanya di Lembah Klang. Kemudahan itu akan menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti kepada semua pelanggannya. 

Kia Glenmarie tampil dengan identiti jenama baharu Kia yang dikenali sebagai Kia Store. Ruang bilik pameran dihiasi oleh kemasan jalur  berwarna merah yang menghubungkan kawasan pamaaran dan istirehat pelanggan. Penggunaan tona kayu memberikan rasa hangat dan minimalis. 

Dengan kawasaan binaan mencecah 39,240 kaki persegi, ia mampu mempamerkan sehingga empat buah kenderaan pada satu-satu masa. Manakala 24 ruang servis dikendalikan oleh pekerja yang mahir dan terlatih. Demi menawarkan pengalaman pemilikan yang terbaik, pusat 3S berkenaan dilengkapi peralatan sistem diagnostik terkini.

Pelanggan boleh berehat di ruang menunggu yang selesa, lengkap bersama wifi serta minuman percuma. 

Kia Glenmari terletak di No. 1, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor. Waktu operasi bilik pameran bermula jam 8.30am hingga 7.00 petang pada hari bekerja. 9.00am-5.00 (Sabtu ) dan 10.00am-5.00pm (Ahad dan cuti umum). 

Operasi pusat servis pula bermula jam 8.00am hingga 5.00pm pada hari bekerja, 8:00am-12:00pm (Sabtu) dan ditutup pada cuti umum. 

Untuk sesi pandu uji, anda boleh menghubungi talian 03-5033 3333. Bagi temu janji servis, hubungi talian 03-5033 3388.

GALERI

Google ads
Back to top button