Buletin

PUSAT 3S NISSAN DIBUKA DI TAWAU

Demi memenuhi keperluan para pelanggan Nissan di Malaysia Timur, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah membuka pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) secara rasmi di Tawau, Sabah, sekali gus menjadikannya pusat 3S Nissan yang ke-18 di Malaysia. 

ETCM-Tawau-3S-Centre-mekanika (2)

Dengan binaan sepenuhnya mencecah lebih 3,458 kaki persegi dan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 juta, pusat 3S Tawau yang baru ini terletak di lokasi srategik di bandar, sekali gus memberi kemudahan kepada masyarakat di Tawau.

Susun atur Pusat 3S yang baru direka itu nyata moden. Ia mampu mempamerkan sehingga lima model Nissan pada satu-satu masa. Pusat 3S ini dikendalikan oleh 12 orang penasihat jualan dan enam juruteknik terlatih.

Antara fasiliti yang ada ialah sebuah lounge serta bar dengan ketersambungan WiFi, dan ruang kanak-kanak (Kid’s Corner) untuk para pelanggan yang datang bersama anak-anak mereka.

ETCM-Tawau-3S-Centre-mekanika (1)

Sebagai tambahan, bengkel pula dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden yang mempunyai kapasiti untuk menyelenggara sehingga 40 buah kenderaan sehari. Di pusat sehenti ini, para pelanggan boleh memandu uji dan membeli model-model baharu Nissan, melakukan servis dan mendapatkan alat-alat ganti untuk kenderaan Nissan mereka.

“Kami percaya bahawa pusat-pusat 3S ini mampu menawarkan pelanggan dengan pengalaman Nissan yang lengkap. Lagipun ETCM sentiasa menambah baik perkhidmatannya untuk mencapai No.1 dalam aspek Kepuasan Pelanggan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen.

Sehingga kini, ETCM mempunyai rangkaian yang ekstensif melibatkan 106 bilik pameran termasuk para pengedar dan 59 Bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara. Lebih banyak pusat 3S ETCM telah dirancang untuk dibuka termasuklah di Glenmarie, Shah Alam.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button